Ada apa dengan cinta sebenarnya? Kenapa manusia berlumba-lumba mencari cinta? Apakah yang menarik dengan cinta? Adakah manusia faham apa itu cinta? Atau sekadar suka-suka kerana terpengaruh melihat orang lain turut bercinta?? Tetapi kerana cinta juga manusia menjadi leka dan khayal. Membiarkan diri terbuai-buai dengan angan-angan yang belum pasti berakhir dengan kesudahan yang bahagia. Tetapi adakah manusia itu mengerti mengapa mereka bercinta?
Kerana cinta manusia menabur janji yang belum tentu dapat ditunaikan. Kerana cinta juga manusia menjadi pembohong. Kerana cinta juga manusia menjadi kejam sehingga sanggup melukakan hati insan lain.
Kenapa perlu berjanji andai di dalam hati itu tidak pernah terbit perasaan cinta. Kenapa perlu mengambil kesempatan sedangkan hubungan yang ada itu lebih elok berlandaskan sebagai sahabat. Sukar mencari cinta yang sejati di zaman sekarang. Semakin maju zaman berubah, semakin hilang sikap perikemanusiaan sekarang. Namun begitu, masih terdapat lagi segelintir manusia yang masih menghargai cinta. Mengharap semoga cinta mereka dibalas seperti mana mereka ikhlas memberi cinta mereka.
Aku memandang dada langit. Mengharapkan ada sinar terpancar dari dada langit itu. Namun hampa. Yang ada hanya langit yang kelam menunggu untuk mencurahkan air matanya. Seolah-olah memahami perasaanku kini. Sukar aku untuk menerima kenyataan bahawa orang yang aku harapkan sudahpun mempunyai pengganti diriku. Apakah diri aku ini langsung tidak bermakna untuk dia. Tidak mengapalah,sudah suratan takdir tertulis untukku menjadi begini. Apa yang mampu aku lakukan sekarang,gembira dan menerima takdir aku ini. Semoga dia bahagia dengan pilihan dia dan aku harap wanita pilihan dia mampu menjaga dan mengubah dirinya menjadi lebih baik. Aku tak mampu menakluki hati dia. Bertuah wanita itu. Hermmm.....maafkan adriana lau adriana tidak mampu membuat awak bahagia....maafkanku sayang...........

No comments:
Post a Comment