Sunday, 13 November 2011

Selendang Hijau....bab 6

Abah dan emak berpandangan sesama sendiri. Berkali-kali mereka merenung wajahku. Antara percaya atau tidak dengan permintaanku. Aku mula berpeluh. Bimbang permintaanku yang satu ini tidak mendapat sokongan mereka. Wajah abahku renung. Begitu serius wajah itu sekarang. Tiada secalit senyuman terlukis pada wajahnya. Emak seperti biasa. Hanya mendiamkan diri disisi abah. Bunyi deraman abah mengejutkan aku dari khayalanku.

"betul fiz dah fikir masak-masak..?"soal abah serius sambil memandang tepat ke wajahku.

"betul abah..".jawabku sedikit gugup. Panahan mata abah benar-benar menyesakkan dadaku. Abah mula berpeluk tubuh. Aku sudah mula rasa gementar. Abah jikalau dalam keadaan begini,lebih suka berpeluk tubuh dan berfikir. Aku menarik nafas dalam-dalam.

"kenapa tiba-tiba fiz pasal kahwin..fiz tak pernah pun bercerita kat abah yang fiz dah ada calon..?"tanya abah ingin tahu. Aku membalas renungan abah.

"fiz dah beberapa bulan berkawan dengan dia abah..fiz berkenan dengan dia.."jawabku lambat-lambat.

"abah bukan nak menghalang hubungan fiz dengan dia..cuma abah terkejut..kenapa tiba-tiba..?"luah abah tentang isi hatinya.

"sebenarnya..ummi dan ayah lia nak satukan lia dengan pilihan mereka..lia x mahu..sebagai lelaki yang sudah mula mencintai lia..fiz rasa bertanggungjawab untuk berbuat sesuatu..fiz tak sanggup melihat lia bersama lelaki lain abah.."tuturku mengenai isi hatiku. Aku memandang tepat ke dalam anak mata abah. Berharap abah memahami isi hatiku dan mendengar suara hatiku.

"apa pendapat awak? Awak setuju?soal abah kepada emak. Emak memandang wajahku. Pandangan mata emak penuh kelembutan walaupun dalam keadaan getir sekalipun.

"saya tak kisah bang..kalau fiz dah bersedia memikul tanggungjawab tu..mah hanya menyokong sahaja.."jawab emak lembut. Hatiku benar-benar tersentuh. Emak memang seorang ibu dan isteri yang cukup baik. Tidak pernah emak berkeras denganku dan abah. Ya Allah terima kasih temukan aku dengan abah dan emak.

"baiklah..abah setuju..esok kita bincang dengan tok ketua macam mana..harap-harap semua berjalan lancar.."ujar abah berhemah. Aku hanya tersenyum kecil. Rasa bimbang dan takut mula bergayut di tangkal hatiku. Keluarga Kamalia orang berada, jauh berbeza berbanding keluargaku. Mahukah mereka menerima aku dan keluarga aku menjadi sebahagian dari keluarga mereka. Berbagai persoalan mula terbit di dalam fikiranku.

No comments:

Post a Comment