Wednesday, 30 November 2011

Pungguk rindukan bulan......

malam ini terasa sepi sekali. Jendela yang terbuka membenarkan sang angin menghembus masuk ke dalam. Adriana yang tekun mengulang kaji pelajaran berasa tenang menghirup udara segar. Matanya memandang pemandangan di hadapannya. Walaupun kelam diluar namun Adriana masih dapat melihat keindahan ciptaan Ilahi di hadapannya. Kanvas langit pada malam ini juga sunyi tanpa kunjungan sang bulan purnama. Kemanakah perginya sang purnama? Adriana tercari-cari sang bulan.

Dahulu bulanlah peneman dia dikala dia sedang berduka. Sang angin akan menjadi pengutus surat yang setia dikala dia ingin berbicara. Kadang-kala dia berharap apa yang disampaikan kepada sang bulan akan didengari insan yang sewajarnya. Namun semua itu hanya mimpi sahaja. Dia bukanlah seorang insan yang mudah meluahkan bicara yang terbuku di hati. Dia tidak punyai kudrat untuk melafazkannya. Kerana disebabkan ketakutannya itu, sering kali dia kehilangan. Kehilangan yang tidak mungkin akan datang kembali.

Walaupun luaran dia kelihatan seperti gadis-gadis lain, namun sebenarnya di jauh berbeza dari kebanyakkan gadis diluar sana. Hanya insan yang benar-benar rapat dengannya sahaja memahami dirinya.

Benar kata orang, andai kita tidak memulakan langkah dahulu, kita tidak mungkin dapat menggapai impian kita. Namun mulut mudah sahaja berbicara. Untuk mengorak langkah yang pertama memerlukakan keberanian yang cukup tinggi. Dia tidak punyai semangat itu.

Ekoran itu, Adrianan sering jatuh tersungkur disaat impian dihadapan matanya. Dia hanya mampu berserah. Hanya satu yang dimiliki. Cinta yang dia miliki tidak mungkin ada lelaki mampu mencurinya. Sehingga sekarang Adriana tidak pernah merasai mencintai dan dicintai. Dia hanya mampu memberi kasih sayang sahaja.

Cinta yang ada sekarang...cintanya terhadap Pencipta-nya. Apakah masih ada cinta untuk insan bernama lelaki????

Bulan..mampukah aku mencintai? soal Adriana berserta keluh.
Tiada jawapan. Hanya desiran sang angin kedengaran. Adriana menghempas keuhan berat.

Adriana mendongak memandang langit.

Bulan..temani aku dalam menjalani kehidupanku..Kaulah teman rapatku...Moga hatiku masih berbaki rasa cinta lagi..............



talking at the moon

No comments:

Post a Comment