Saturday, 3 December 2011

selendang hijau...bab 7

Masa yang dinanti-nantikan telah tiba. Rombongan dari pihak Hafiz telah selamat sampai di hadapan rumah Kamarlia. Kamarlia yang setia menunggu di dalam bilik menjenguk keluar bilik. Bibirnya mengukir senyuman penuh kesyukuran. Tepatlah jangkaan hatinya. Hafiz memang seorang pemuda yang berpegang pada janji. Ya Allah terima kasih..kerana telah pertemukan aku dengan seorang lelaki baik yang bernama Hafiz.

Sekarang apa yang paling Kamalia takuti adalah penerimaan kedua orang tuanya. Kamalia berharap apa yang dia dan Hafiz rancangkan akan berjalan dengan lancar. Dia tidak sanggup kehilangan dan berpisah dengan lelaki sebaik Hafiz. Pemuda itu cukup sempurna pada matanya. Tiada cacat-celanya. Lelaki seperti inilah yang dia tunggu-tunggukan selama ini. Dia yakin Hafiz mampu menjaganya dengan baik sekiranya mereka ditakdirkan bersama sebagai suami isteri.

Debaran di hati Kamalia semakin kencang apabila melihat umminya menjemput rombongan dari pihak Hafiz masuk ke rumah. Terdengar suara Tuan Baharuddin, ayahnya dari arah dapur. Nada yang kedengaran serius dan tegas. Perasaan Kamalia semakin tidak menentu. Anak mata Kamalia mengekori langkah ayahnya menuju ke ruang tamu dimana tempat rombongan pihak Hafiz sedang menunggu.

Pak Ismail lekas berdiri sebaik sahaja Tuan Baharuddin tiba untuk bersalaman namun salamannya hanya disambut dingin.

"ada apa hajat ke mari?" soal Tuan Baharuddin dingin sambil anak matanya memandang satu persatu wajah dihadapannya.
"begini..saya tok ketua wakil dari pihak lelaki ingin menyunting bunga di taman untuk anak putera Pak Ismail.." beritahu tok ketua lembut beserta senyuman manis.
Tuan Baharuddin hanya membatukan diri setelah dapat menangkap tujuan kedatangan pihak Pak Ismail.
Setelah lama mendiamkan diri,barulah Tuan Baharuddin bersuara.

"saya tak nak panjangkan cerita..sebenarnya saya dah jumpa calon yang sesuai untuk anak gadis saya..yang setaraf dengan keluarga dan kedudukan anak gadis saya. Sebagai bapa, saya perlu memilih lelaki yang terbaik  demi masa depan anak gadis saya. Bukan saya hendak kata anak Pak Ismail tidak layak untuk anak gadis saya tetapi bagi saya carilah orang sepadan..bukan apa..bimbang orang mengata keluarga Pak Ismail menumpang harta kami...." ujar Tuan Baharuddin berbisa. Cuping telinga Pak Ismail terasa panas.
Pak Ismail hanya mampu berisgtifar di dalam hati.

"saya harap pihak pihak Pak Ismail faham situasi saya..."ujar Tuan Baharuddin angkuh. Belum sempat Tuan Baharuddin ingin menyambung bicara,tiba-tiba kelibat Hafiz yang telah menanti di luar rumah melulu masuk. Wajah Hafiz merah menahan rasa amarah.

"abah..mari kita pulang..Hafiz rasa cukup ajalah perbincangan kita dengan pihak Kamalia..mak mari kita balik.."ajak Hafiz lembut. Kamalia yang menanti di balik pintu tersentak dengan kehadiran Hafiz. Air mata mula bergenang di tubir matanya. Apakah ini pengakhiran hubungan antara dia dan Hafiz. Hatinya mula terasa sakit bagai ditusuk sembilu.

Pak Ismail yang diam dari tadi hanya mengikut arahan Hafiz. Itu sahaja yang mampu dia lakukan. Terasa maruahnya dipijak-pijak ketika itu. Walaupun perbincangan baru berlangsung tapi Pak Ismail sudah dapat menghidu jawapan yang bakal diterima kelak. Isterinya turut mengikut arahan Hafiz begitu juga tok ketua.

"kalau diri tu sudah berjaya..barulah kau boleh berangan nak kahwin dengan anak aku.."sindir Tuan Baharuddin sinis. Namun wajah Hafiz masih sama, tenang sahaja.

"terima kasih Tuan Baharuddin kerana sudi menerima kedatangan kami sekeluarga. Kami minta diri dulu.." tutur Hafiz lembut seraya melangkah laju keluar dari rumah agam itu. Langkahnya diekori oleh ibu bapa dan tok ketua. Kamalia yang hanya diam di dalam bilik melulu keluar dari biliknya.

"kenapa ayah buat lia macam ni..? Kenapa ayah tolak lamaran mereka?"soal Kamalia geram.
"kau nak berlaki kan lelaki macam tu? yang tak ada arah hidup tu...kau jangan bermimpi nak bernikah dengan lelaki macam tu. Aku takkan izinkan.." Tuan Baharuddin memberi amaran keras sebelum melangkah pergi meninggalkan Kamalia keseorangan.

Kamalia terduduk terjelopok di atas lantai sambil menangis teresak-esak. Ya Allah..apa yang aku takuti akhirnya terjadi..Ya Allah selamatkanlah hubunganku dan Hafiz..Aku perlukan dia....



No comments:

Post a Comment