"Assalamualaikum, fiz...?'' satu suara memberi salam dari arah belakang. Aku tersentak. Aku kenal suara itu. Suara yang telah mencuri hatiku. Aku berpaling ke belakang. Aku cukup terkejut dengan kehadiran Kamalia secara tiba-tiba.
"kenapa lia datang ke sini? Lia tak sepatutnya datang jumpa Fiz..apa kata orang tua dan bakal suami Lia nanti...mesti mereka akan marah.." marahku lalu membuka langkah menjauhi Kamalia.
"kenapa Fiz buat Lia bagini...Fiz suka llihat hidup Lia penuh dengan kedukaan dan kekecawaan..?" soal Kamalia mematikan langkahku.
''Lia sangka Fiz cintakan Lia...rupa-rupanya Fiz hanya bermain kata-kata...kenapa tak rebut Lia dari lelaki tu..?" tanya Kamalia dalam tangisan. Aku hanya mendiamkan diri.
''Fiz....jawab soalan Lia..kenapa Fiz buat Lia macam ni..?'' soal Kamalia lagi, mendesak..
( Aku terpaksa Kamalia, aku terpaksa...aku tak sanggup dihina lagi..cukuplah penghinaan yang telah dilemparkan oleh orang tua mu)...jerit hati ku..
" Kita dah tiada jodoh....lebih baik Lia terima lelaki tu dari ambil Fiz yang miskin ni..!" ujarku tegas.
" Lia tak kisah Fiz orang susah atau miskin...hanya Fiz di hati Lia..." sayu Kamalia memegang tanganku. Pantas aku menepis tangan Kamalia. Gadis itu terkejut..
"Lia tak faham bahasa ke..Fiz dah tak suka Lia lagi.....nama Lia dah tak ada dalam hati Fiz lagi......jalan terbaik kita patut putuskan hubungan ni..."jawabku dalam nada marah. Gadis itu terpempan dan terkaku.
Bukan niatku berkata begitu..mengertilah hanya kau dihatiku..."Baiklah...Lia terima keputusan Fiz...Itu yang Fiz mahukan. Terima kasih Hafiz kerana melukakan hati ini..terima kasih Ahmad Hafiz..terima kasih..!" ujar Kamalia lalu berlari meninggalkan aku keseorangan. Aku terduduk sambil mengeluarkan air mata lelakiku...
**** MAAFKAN FIZ...LIA...Maafkan ku sayang..........

No comments:
Post a Comment