Friday 30 March 2012

aku dan bintang......

Suasana pada pagi itu sungguh tenang. Sang burung riang berkicauan di pohon-pohon pokok. Bunga-bunga mawar berseri-seri mengembangkan kelopak-kelopaknya. dingin sungguh cuaca pada pagi itu. 

Kelihatan sekujur tubuh masih berselubung di dalam selimut bercorak bunga mawar berwarna pink dan purple. dengkuran halus kedengaran. Jelaslah penghuni katil itu langsung tidak sedar bahawa hari sudah pun pagi. Bunyi ketukan di daun pintu langsung tidak mengejutkannya.

Terjengul seorang wanita berusia lewat 40-an dari balik pintu. Senyuman terukir di bibirnya.

Masih tidur lagi anak daranya. Lambat-lambat wanita itu berjalan ke arah katil lalu duduk di sebelah tempat anaknya berbaring.

''Ayumi sayang..bangun...dah pagi nie...nanti papa sampai tengok ayumi x mandi lagi..mesti papa bising.." tutur  puan Raziah lembut.

terpisat-pisat ayumi terjaga dari lenanya. Wajah mama tersayang terlihat jelas diruang matanya.

"ngantuklah mama...ayumi penat" jawab ayumi perlahan sambil tertelan air liur basinya. Makaiii...masinnya..

"ayumi wat ape malam tadi?? dah..dah..cepat bersiap..kajap lagi papa sampai...mama dah siapkan breakfast..nanti kita breakfast sama-sama..." arah Puan Raziah lembut lalu berjalan keluar dari bilik anak gadisnya.

Ayumi mengeliat di atas katil bagi menghilangkan sengal-sengal di badannya. Kemudian dia termenung sebentar di atas katilnya.

Anak matanya meliar memandang seluruh biliknya. Ruang latar biliknya yang berwarna pink lembut benar-benar memberi ketenangan padanya. Sepadan dengan langsir biliknya yang berwarna pink pekat dan putih.
Bau haruman Lavender masih melatari ruang biliknya. Bantal yang bercorak leopard berbentuk tapak kaki harimau bintang yang berada di atas perutnya di alih ke tepi. 

Lambat-lambat Ayumi bangkit dari duduknya.

Hari ni papa balik. Mesti papa nak bawa aku pergi jalan-jalan. hurm..bestnya... desis hati kecil Ayumi. Segera Ayumi mengambil towelnya yang berwarna purple di atas penyidai lalu masuk ke dalam bilik mandi...

*******************************************************


No comments:

Post a Comment