Sunday 1 April 2012

aku dan bintang......

Seperti yang dijanjikan, Tuan Shaari akhirnya tiba di perkarangan rumah. Ayumi yang sedang bersiap-siap di dalam biliknya menjenguk kepala ke luar tingkap sebaik sahaja terdengar deruman kereta milik papanya.

pantas sahaja senyuman terukir di bibirnya. Segera dia berlari-lari anak turun ke bawah untuk menyambut kepulangan papanya.

kelihatan di pintu utama, Puan Raziah sedang menyalami tangan suaminya. Mereka bertukar senyuman mesra tanda rindu di hati sudah terubat. Ayumi berjalan pantas ingin menyalami papanya.

"papa...." panggil ayumi manja sambil anak matanya bersinar melihat papanya sedang berdiri di sebelah mamanya.

"Yumi..rindunya kat budak pendek ni.." gurau Tuan Shaari lantas menyambunt huluran tangan anak gadisnya.

"apalah papa nie...baru je jumpa dah kutuk-kutuk yumi...hermmm!" rajuk ayumi sambil memasamkan wajah comelnya.

Tuan Shaari tergelak kecil melihat reaksi anak manjanya itu. Masih tak berubah walaupun umur sudah pun mencecah 21 tahun. Macam budak-budak. Ayumi....Ayumi....

"Mana Ailisha...? tak nampak pun dia dari tadi?" soal Tuan Shaari pelik melihat anak bongsunya tiada menyambut kepulangannya.

"Lisha tak ada kat rumah lah papa...dia pergi tuition...petang nanti baru dia balik.." beritahu Ayumi dalam nada yang manja.

"cuti-cuti sekolah ni pun tuition jugak ke?'' soal Tuan Shaari lagi sambil memandang wajah isterinya.
Puan Raziah mengangguk mengiakan.

" kan dia dah nak SPM..jadi pihak sekolah adakan tuition untuk persediaan pelajar " ujar Puan Raziah lembut.

"nampaknya kita bertiga ajalah yang outing hari nie. Hermmm....kecian budak tu" ngomel Tuan Shaari keluh.

Ayumi dan Puan Raziah saling berbalas pandang. Tidak tahu hendak kata apa.

*******************************************************************

Kereta BMW 3 Series meluncur laju di atas permukaan jalan raya. Ayumi yang duduk di bahagian tepi sebelah kiri hanya melemparkan pandangan di luar tingkap. Puan Raziah dan Tuan Shaari galak bercerita. Maklumlah sudah lama mereka tidak berbual panjang. Semuanya gara-gara kesibukan kerja Tuan Shaari bertugas di luar daerah mahupun negeri.

Instrumen piano yang berkumandang dari corong radio melatari suasana.. Sungguh tenang dan damai.
Ayumi memandang bangunan-bangunan tinggi di luar. Reka bentuk bangunan yang moden dan unik itu benar-benar mengagumi ayumi. Bagaimana makhluk sekecil manusia mampu membina bangunan-bangunan yang tinggi dan besar. Lihatlah betapa hebat makhluk yang bergelar manusia ini.

Hari ni Tuan Shaari hendak membawa ayumi dan Puan Raziah ke sesuatu tempat. Sesuatu tempat yang istimewa. Perasaan tidak sabar melonjak-lonjak di dalam hatinya.

Hampir 4 jam sudah perjalanan yang di ambil menuju ke destinasi. Ayumi semakin hairan. Kemana papanya hendak membawa mereka? Kawasan di persekitaran mereka hutan bakau. Cuaca di situ juga kelam dan malap.

"papa...kita nak pergi mana sebenarnya?'' soal ayumi ingin tahu. Tuan Shaari yang tekun memandu tersenyum kecil mendengar pertanyaan anak gadisnya.

" sekejap lagi Ayumi akan tahu." ujar Tuan Shaari penuh rahsia.

Ayumi kembali bersandar semula. Pelbagai andaian bermain dalam fikirannya. Ayumi mengeluh lembut.

*********************************************************************

No comments:

Post a Comment