Wednesday 12 September 2012

aku dan bintang......

Keadaan di sekeliling yang gelap gelita mula bertukar terang sedikit demi sedikit. Terdapat satu cahaya putih yang bersinar di hadapannya. Cahaya itu benar-benar sungguh terang dan silau. Ayumi mengecilkan matanya. Sesungguhnya dia benar-benar tidak tahan dengan panahan cahaya itu. Ayumi cuba melawan panahan cahaya terang itu namun dia kalah. Cahaya itu terlalu terang sehingga menyukarkan dia hendak membuka mata.

Namun begitu, Ayumi dapat menangkap bunyi kicauan burung. Ayumi juga dapat merasa sentuhan angin di kulitnya. Ayumi hairan. Perlahan-lahan Ayumi membuka anak matanya. Cahaya yang maha terang itu sudah tiada diganti dengan cuaca yang sungguh redup. Ayumi bangkit dari pembaringannya. Ayumi memandang sekeliling. Suasana di sekitarnya benar-benar asing. Tetapi tempat ini seakan-akan biasa kepadanya. Dia seperti pernah ke situ. Tidak jauh dari tempat dia, terdapat sebuah rumah kaca sebesar rumah agam. Rumah kaca itu benar-benar cantik. Dinding-dinding rumah kaca itu indah di tumbuhi akar-akar pokok yang tumbuh menjalar. Bunga-bunga Morning Glory tumbuh mekar di dinding-dinding rumah kaca mengindahkan lagi kecantikan rumah kaca tersebut.

Perlahan-lahan Ayumi bangkit dari duduknya. Dia berjalan menuju ke rumah kaca. Sambil berjalan, otak Ayumi berfikir. Rumah kaca ini sama seperti rumah kaca di rumahnya. Saiznya dan keluasannya benar-benar sama seperti rumah kaca miliknya. Bunga-bunga ros yang tumbuh mekar di halaman rumah kaca membuatkan Ayumi memikirkan sesuatu. Ayumi memandang sekeliling. Terdapat sebuah villa tidak jauh dari rumah kaca itu. Reka bentuk villa itu benar-benar mirip villa milik keluarga Ayumi. Tiba-tiba anak mata Ayumi membuntang. Seakan terdapat satu aliran elektrik merangsang otaknya. Ayumi mengangkat kepalanya mencari sebuah jendela. Jika benar apa yang dia fikir, pasti jendela itu ada. Anak mata Ayumi laju sahaja mencari jendela itu. Tiba-tiba anak matanya terhenti pada sesuatu. Benar. Apa yang dia fikir itu benar-benar menjadi kenyataan. Villa yang berada di hadapannya adalah villa milik keluarganya. Jendela biliknya ada di situ. Tetapi terdapat kelainan sedikit villa di hadapannya sekarang ini. Warna cat villa ini. Cat villa di hadapannya berwarna putih tetapi villanya berwarna kelabu gelap.

Tiba-tiba pintu ruma kaca terbuka sendiri. Menghempas dinding rumah kaca. Ayumi tersentak kuat. Angin dari arah dalam rumah kaca bertiup kuat ke arahnya. Ayumi terbatuk-batuk kecil akibat habuk yang masuk  ke dalam rongga lehernya. Ayumi menutup wajahnya dari habuk yang masih bertebaran di ruang udara. Ayumi dapat lihat banyak tumbuhan di tanam di dalam rumah kaca. Sah. Rumah kaca ini memang rumah kaca di villanya tetapi kenapa dia rasa rumah kaca ini lain. Rumah kaca ini bukan rumah kacanya walaupun rumah kaca ini sama seratus peratus seperti rumah kaca miliknya. 

Bunyi suara burung-burung gagak mengejutkan Ayumi. Burung-burung gagak terbang laju di dalam ruang rumah kaca. Ayumi hairan. Dari mana datangnya burung gagak itu. Burung-burung gagak banyak memenuhi bahagian siling rumah kaca. Ayumi semakin kehairanan. Tiba-tiba anak mata Ayumi menangkap satu objek sedang tergantung di tengah-tengah siling rumah kaca itu. Ayumi berjalan perlahan-lahan menuju ke ara objek yang sedang tergantung itu. Objek itu sungguh pelik. Burung-burung gagak memerhati tajam ke arah objek yang sedang tergantung itu. 

Dada Ayumi tiba-tiba berdebar-debar. Objek itu seakan-akan seperti manusia. Ayumi menelan liurnya. Objek itu tergantung kaku. Ayumi menghentikan langkahnya apabila jarak antara dia dan objek itu hanya 10 meter. Ayumi mengangkat kepalanya. Pandangan Ayumi kaku. Objek yang sedang tergantung itu adalah seorang manusia. Seorang wanita. Wajah wanita itu pucat manakala lidahnya terjelir. Ayumi benar-benar ketakutan namun dia tidak mampu mengalihkan pandangannya dari memandang wajah wanita itu. Mata wanita itu yang terbeliak menunjukkan dia mati dalam keadaan sungguh menyakitkan. Leher wanita itu patah akibat jerutan kuat tali yang tergantung di atas siling. Badan dan tangan wanita itu terkulai layu.Tubuh wanita itu tersarung baju gaun seolah-olah seperti gaun pengatin. Dibawah kaki gaun wanita itu terdapat tompok-tompok berwarna merah.

Lutut Ayumi mula bergetar. Ayumi benar-benar ketakutan. Tiba-tiba wanita itu bergerak. Meronta-ronta kuat. Mata wanita yang terbeliak itu bertukar warna hitam. Wanita itu menjerit namun serak. Peti suara wanita itu rosak akibat jerutan menyebabkan suara wanita itu bertukar menjadi garau. Ayumi menjerit kuat kerana terkejut. Wanita itu meronta-ronta kuat menyebabkan lehernya semakin patah. Ayumi berlari laju dari situ namun dia terjatuh. Ayumi cuba bangkit namun kakinya dipegang kuat oleh sesuatu. Ayumi mengangkat wajahnya. Wanita itu memegang kuat kaki Ayumi. Wajah wanita itu benar-benar menakutkan. Lehernya yang terkulai manakala matanya yang berwarna hitam membuatkan Ayumi benar-benar ketakutan. Ayumi yakin wanita itu sudah mati dan bertukar menjadi hantu. Hantu yang ingin membalas dendam. 

Ayumi cuba melawan namun tenaga wanita itu jauh lebih kuat. Wanita itu menerkam leher Ayumi menyebabkan Ayumi sukar bernafas. Ayumi cuba melawan sambil meminta tolong. Namun tiada sesiapa yang mendengar jeritan Ayumi. Pintu rumah kaca itu tertutup sendiri menyebabkan jeritan Ayumi tenggelam. Ayumi hanya mampu menangis. Dia tidak mampu hendak berbuat apa-apa. Ayah, Ibu, Ailisha...tolong Yumi...

Daniel..kemanakah awak?? 

****************************************************************************************************************************************************************



No comments:

Post a Comment