Thursday 6 September 2012

aku dan bintang......

Daniel berjalan laju menuju ke bilik Ayumi. Pintu bilik gadis itu diketuk berulang kali namun tidak bersahut. Daniel mula curiga. Bimbangkan sesuatu. Tanpa kebenaran, Daniel memulas tombol pintu bilik Ayumi. Segera Daniel menjengah masuk namun hampa. Bilik Ayumi kosong. Ayumi tiada di situ. Daniel menggaru-garu kulit kepalanya yang tidak gatal. Kemana perginya Ayumi. Seharian suntuk dia tidak berjumpa dengan gadis itu membuatkan dia resah. Dia bimbangkan keselamatan gadis itu. Bimbang jika sesuatu perkara buruk menimpa gadis itu. Daniel keluar dan menutup semula pintu bilik Ayumi. Daniel berdiri tegak di hadapan pintu bilik Ayumi sambil berfikir. 

Bunyi pintu bilik terbuka mengalih perhatian Daniel dari lamunannya. Ailisha yang baru keluar dari biliknya terkejut sedikit pabila terpandang Daniel yang berada di hadapan pintu bilik kakaknya. Lelaki kacak itu melemparkan senyuman manis sambil menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat. Ailisha membalas senyuman itu. Ailisha berjalan mendekati Daniel.

" Awak buat apa kat berdiri kat sini? Cari kakak saya ke?" soal Ailisha ingin tahu. Daniel mengangguk.

"Iye Cik Ailisha ". Jawab Daniel sopan.

" Kenapa? Ada masalah ke? " Tanya Ailisha pantas. Dia mula berasa tidak sedap badan. Pasti ada sesuatu yang tidak enak menimpa kakaknya. Dia dapat merasakannya.

"Tak adalah Cik Ailisha. Saya sahaja mencarinya sebab dari pagi saya tidak berjumpa dengannya. Saya hendak memastikan dia selamat sahaja." ujar Daniel. Tanggungjawab yang di amanahkan oleh Tuan Shaari dan Puan Radziah untuk menjaga Ayumi membuatkan dia berasa bertanggungjawab untuk mengetahui setiap aktiviti yang dilakukan oleh gadis itu. 

" Owh....begitu....tengah hari tadi saya berehat- rehat dengan kakak saya kat ruang tamu sambil tengok TV. Tapi dia x ada dengann saya masa saya terjaga dari tidur. Saya ingat dia bersama awak." beritahu Ailisha.

" Dia tiada bersama saya sepanjang hari ni Cik Ailisha. Saya dah mencarinya di seluruh rumah tapi tiada. Tak mungkin dia keluar dari rumah nie. Jika dia mahu keluar, pasti dia sudah maklumkan kepada saya." beritahu Daniel mula resah. Dia yakin sesuatu telah menimpa Ayumi. Ailisha mula tidak keruan. Bimbang kejadian kelmarin berulang kembali. Cukuplah dia melihat Ayumi ketakutan selepas kejadian yang menakutkan itu.

" Kalau macam tu, kemana kakak saya dah pergi ?" tanya Ailisha resah. Daniel menggigit bibirnya sambil berfikir.

" Kita kena cari dia Cik Ailisha. Tapi saya yakin Ayumi masih  berada di dalam rumah ini. Kat mana kali terakhir Cik Ailisha bersama Cik Ayumi?" soal Daniel sambil memandang tepat di wajah Ailisha.

" Kali terakhir saya bersama kakak saya kat ruang tamu." jujur Ailisha memberitahu.

" Kalau begitu kita mula cari dia kat sana " Ajak Daniel. Ailisha mengangguk setuju. Segera Daniel dan Ailisha  berjalan pantas menuju ke ruang tamu. Dalam fikiran masing-masing hanya tentang keselamatan Ayumi sahaja. 

<3 Ayumi.....saya akan mencari awak. Awak jangan menangis. Saya akan cari dan lindungi awak. Tolong jangan tinggalkan saya. Bisik hati Daniel..

1 comment:

  1. Seminole Hard Rock Casino Hollywood, FL - MapyRO
    Seminole Hard Rock Hotel and Casino Hollywood, FL 영주 출장샵 - 춘천 출장안마 Find 경상남도 출장마사지 driving directions, reviews and information for 양주 출장안마 Seminole Hard Rock Hotel and 영천 출장안마 Casino Hollywood,

    ReplyDelete