Friday 29 May 2015

Aku dan Bintang .....16

Ayumi memandang tepat pada wajah lelaki dihadapannya. Mencari kebenaran di sebalik wajah pucat itu. Antara rasa ingin percaya atau tidak mula menganggu pemikirannya. Ayumi berasa berbelah bahagi. Sama ada mahu mempercayai kejujuran lelaki dihadapannya atau mengambil keputusan drastik iaitu melarikan diri sejauh-jauhnya dari lelaki itu. Tetapi akal warasnya menegah dia daripada mengambil keputusan itu. Ayumi melepaskan dengusannya perlahan-lahan. Lelaki dihadapannya masih setia menanti untuk dia bersuara. Akhirnya Ayumi mengalah. Tidak guna dia terus berkeras dengan lelaki pucat dihadapannya ini. Hanya lelaki ini sahaja dia boleh mohon pertolongan. Hanya lelaki ini sahaja tahu mereka berada di mana sekarang. Lagipun dia tidak nampak sesiapa selain lelaki itu di sini. Perlahan-lahan Ayumi melabuhkan punggungnya di atas hamparan rumput seakan permaidani. Ayumi duduk sambil memeluk kedua-dua kakinya. Lelaki dihadapannya turut berbuat begitu. Melabuhkan punggung tidak jauh dari tempatnya. Lelaki itu melontar pandangan jauh ke hadapan.

"Boleh saya tahu saya berada dimana sekarang?" tanya Ayumi perlahan sambil memandang wajah lelaki itu. Ayumi mengubah ganti nama dirinya daripada aku kepada saya. Dia tidak biasa ber'Aku atau ber'Kau dengan orang yang dia tidak kenali.  Lelaki itu segera mengalihkan pandangannya memandang wajah comel Ayumi. Mata mereka saling bertaut.

" Kamu masih berada di dalam kawasan Villa De Amour. Kamu tidak perlu takut. Kamu selamat disini." ujar lelaki berwajah pucat itu. Kulitnya yang pucat itu langsung tidak mengurangkan ketampanan wajahnya.

"Memang saya masih berada di dalam kawasan Villa De Amour tapi keadaan kat sini berbeza. Paling ketara warna cat bangunan villa ni. Bunga di rumah kaca juga berbeza." adu Ayumi serabut.

"Kamu masih berada di Villa De Amour cuma bedanya sekarang, kamu bukan berada pada zaman kamu." beritahu lelaki berwajah pucat bernama badrul itu.

" Apa maksud kamu? Saya tak faham. Please jangan buat saya bertambah keliru. Saya nak balik. Saya tak nak berada di sini sorang-sorang. Saya nak mama dan papa saya." Rengek Ayumi lantas air matanya tumpah. Lelaki itu mendengus lembut. Tiba-tiba lelaki itu bingkas bangkit dari duduknya.

"Jika awak mahu pulang...saya akan bantu.. cuma awak harus berjanji dengan saya bahawa awak akan hadir bila saya ingin ketemu sama awak." ujar lelaki itu lembut. Ayumi yang sedang menangis segera mengangkat wajahnya memandang wajah lelaki tersebut. Bibirnya bergetar ingin mengatakan sesuatu.

"Tapi...."...

"Saya mohon awak sudi berjanji dengan saya. Janganlah hampakan harapan saya. Saya benar-benar harap awak bersetuju dengan syarat saya ini." beritahu lelaki itu tanpa sempat Ayumi menjawab. Ayumi rasa serba salah. Jika dia bersetuju dengan syarat lelaki itu, bermakna dia harus tepati janjinya. Lelaki itu akan datang mencarinya bila-bila masa sahaja. Jika dia tidak bersetuju, bermakna dia akan terperangkap di dalam dunia asing ini. Ayumi menimbang-nimbang syarat lelaki itu yang baginya tidak masuk dek akal. Iyelah, mengapa lelaki itu berharap sangat hendak bertemu dengan dia lagi. Pasti ada sesuatu lelaki itu inginkan daripada dia.

"Jadi bagaimana? Jika awak bersetuju, saya boleh hantar awak ke tempat awak semula. Jika awak mungkiri, saya akan cari awak dan tarik awak kembali ke sini. Saya akan pastikan awak tidak akan dapat pulang semula ke tempat awak. Jika awak tidak memilih di antara dua keputusan itu, saya dengan rela hati menerima awak di tempat ini. Awak bebas berbuat apa sahaja di sini."beritahu lelaki itu panjang lebar. Ayumi termati kata-kata saat mendengar syarat yang dibuat oleh lelaki itu. Dia tiada pilihan. Mahu atau tidak, dia harus membuat keputusan.

"Baiklah saya bersetuju dengan syarat awak. Please hantar saya balik semula ke tempat saya." Akhirnya Ayumi bersetuju dengan syarat yang dibuat oleh lelaki itu. Lelaki itu tersenyum kecil mendengar jawapan keputusan gadis itu. Dia yakin gadis itu akan menepati janjinya.

"Marilah ikut saya. " ajak lelaki itu berjalan mendahului Ayumi. Ayumi memandang lelaki itu. Perasaannya bercampur baur. Namun setelah memikirkan perjanjian yang dimeterai antara dia dan lelaki itu, Ayumi melepaskan keluhan berat. Segera dia melangkahkan kakinya mengikut lelaki itu dari belakang. Tiada apa yang dia mampu buat ketika ini melainkan mengikut rentak lelaki itu.Apa yang pening, dia harus pulang segera. Pasti mama, papa dan Ailisha risaukan dia. Yang paling penting, dia mahu segera bertemu dengan Daniel. Pasti jejaka itu juga risaukan keadaannya sekarang.

Langkah lelaki berwajah pucat dan Ayumi semakin jauh meninggalkan taman bunga itu.

***************************************************************************

No comments:

Post a Comment