Sunday 10 May 2015

DIY : WALLPAPER / STICKER WALL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Ya Allah lamanya aku tak Hupdate apa-apa kat blog kesayangan aku nie. Muah muah muah. Lepas ni aku akan cuba lebih kerap untuk update info2 terbaru. Sebenarnya tujuan aku menubuhkan blog ni tanpa sebab. Lebih kepada saja2. Takde motif atau lebih senang xde tujuan. Tapi bila fikir balik2, apa kata aku tubuhkan blog ni untuk aku kongsikan kreativiti aku dalam menghias rumah. Hehehe... semuanya berbajet dan tak perlu guna duit yang banyak. Lebih best kita guna barang2 terpakai atau murah. Jujur aku katakan aku ni teramatlah taksub dengan warna pink. Jangan muntah naaa,,,,

Okey hari ni aku nak kongsikan DIY Sticker / Wallpaper untuk ditampal dan dihias di dinding rumah. Aku ni bukanlah pandai sangat. DIY aku ni budak tadika pun boleh buat. Hahahhaa. Tapi peduli hape aku. Yang penting aku dapat kongsikan dengan orang yang sedang membaca blog aku nie.

Okey, bahan-bahan untuk buat DIY sticker wall ialah:


 1) Wrapping Book
- Korang boleh dapatkan wrapping book ni di kedai gift atau pasaraya. Aku lebih berminat pada corak vintage, jadi corak bunga-bunga kecil ni menjadi pilihan aku.


- dalam buku wrapping book yang aku beli ni, terdapat beberapa design bunga yang cantik2. Kalau korang minat corak2 macam tumblr style, korang boleh print sendiri image2 yang korang suka tu dalam saiz A4 atau A5. Lebih mudahkan. 



2) Scissors


 3) Penutup periuk nasi.
-mesti korang terfikir apakejadahnya ada penutup periuk nasi nie kan? Hahhahahaha



 4) Pencil
-digunakan untuk membuat garisan.




5) Wall Sticker Glue Powder




Mari kita mulakan.
Cara-cara membuatnya.

1) Mula-mula, korang ambik kertas wrapping tu, korang buka dan lentangkan dia. Sekarang korang dah nampak fungsi penutup periuk nasi tu kan? Rumah aku takde jangka lukis, jadi sebat periuk nasi yang ada kat dapur rumah aku tu. Korang kalau ada benda yang lebih better selain periuk nasi boleh juga guna, yang penting benda tu dapat buat garisan bulat2. In case korang nak buat bentuk selain bentuk bulat,boleh juga. Yang penting benda tu muat atas kertas yang korang nak jadikan sticker wall tu. 



2) Then, potong kertas wrapping tu mengikut bentuk yang korang dah lukiskan tu. Potonglah seberapa banyak korang nak. No limit ok.


3) Inilah ghupenya bile kertas tu dah dipotongnya. Jadi bulat-bulat. Hahahhaaa....Snapshot sikettt...



4) Kemudian, korang ambil mangkuk dan tuangkan wall sticker glue powder tu kat dalam. Actually, wall sticker glue powder ni Tepung Ubi. Tepung Ubi ni banyak digunakan dalam kerja2 menampal wallpaper. Tepung Ubi ni lebih murah dan dapat digunakan dalam kuantiti yang banyak. Dinding pun tak comot sebab tepung ubi ni tak tinggalkan kesan di dinding.



- Inilah rupe tepung ubi yang dah dicampur air. Berlendir dan likat. Abaikan lingkaran karat dalam mangkuk aku tu. Takde kena mengena dengan tepung ubi. Itu hanya kesan aku letak susu tin bercampur air dalam tu. Kekononnya nak halang semut masuk tapi semut zaman sekarang ni bijak. Dorang dah pandai berenang. Balik kerja je habis susu tin dikerumun dengan semut hitam tu.. Tapi  itu kisah sebelum aku beli peti ais... Hahhahaha...

 5) Then, korang sapulah wall sticker glue powder yang dah dicairkan tu di atas kertas wrapping yang korang dah potong tu. Korang tampallah sticker tu satu persatu-satu. Pastikan korang dah tahu kat mana korang nak tampal. Takut nanti korang main tampal, jadi hodoh pula. Tak pepasal mak korang mengamuk. Dah tua-tua pun masih nak main tampak-tampal dinding. Zappppp.... kena libas bontot comel korang dengan penyapu lidi. Hahhahaha... Padan muka....

6) Result.
-Inilah sticker wall yang aku dah siap tampak kat dinding rumah aku, Amacam cantik tak? Ada campur-campur vintage dengan tumblr sikit. Dependlah pada korang macam mana nak deco. Macam aku minat simple but nice. Yang penting comelll...

Okey, itu sahaja DIY sticker wall yang aku nak kongsikan. Nanti aku share DIY yang lain dengan korang. Jumpa lagi guys.. Jangan lupa comment ye.... Share tip2 korang pula.

MUAH MUAH MUAH... <3 <3 <3

No comments:

Post a Comment