Sebelum matahari melabuhkan tirai, aku dan abah sudah kembali ke pangkalan. Aku dan abah berasa bersyukur kerana banyak hasil tangkapan ikan pada hari ini.
"syukur alhamdulillah..banyak tangkapan hari ni.."abah mengucap syukur, begitu juga diriku.
"rezeki kita hari ni..abah. Fiz cukup bersyukur atas rezeki yang Allah kurniakan kepada keluarga kita..". ucapku tersenyum puas.
"fiz..abah nak pergi rumah tok ketua...nanti kita jumpa kat surau sebab mungkin abah lambat sikit balik rumah...".beritahu abah tentang tujuannya pergi ke rumah ketua kampung.
"baiklah abah..jalan tu hati-hati...jangan lambat sangat balik."pesanku sambil bersalaman dengan abah. Abah mengangguk sebelum melangkah pergi. Aku melakukan tugasku seperti biasa, menghantar ikan ke pasar dan membersihkan bot. Ketika aku sedang membersihkan bot, tiba-tiba sehelai selendang hijau tersangkut di tiang bot aku. Hatiku terdetik kepunyaan siapakah kepunyaan selendang hijau ini pada waktu petang sebegini. Aku sedikit terkejut apabila seorang gadis memberi salam kepadaku.
"maafkan saya..saya datang ni nak ambil selendang hijau tu..".ujar gadis berwajah manis itu. Tanpa berlengah aku naik ke atas bot lalu mengambil selendang hijau yang tersangkut itu. Segera aku menghulurkan selendang kepada gadis itu.
"terima kasih.." ucap gadis itu lembut. Aku hanya mengangguk. Barangkali malu kepada gadis itu. Mahu bertanya segan pula rasanya. Akhirnya gadis itu berlalu pergi.
***************************************************************************
Sebelum pulang ke rumah, aku singgah ke tanah perkuburan kampung Selasih. Aku sudah berjanji aku akan melawat pusara kedua ibu bapaku pada hari ini. Hati aku berasa sayu mengenangkan tragedi itu.
*ummi..ayah..Hafiz rindu kalian."ucapku dalam hati. Air mata lelaki mengalir dipipiku. Aku menghadiahkan Al-Fatihah untuk kedua orang tuaku. Hafiz berjanji Hafiz akan datang melawat lagi. Suasana di tanah perkuburan ketika itu sungguh sunyi dan gelap.
*semoga roh ummi dan ayah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Sesampai di rumah, aku duduk di anjung rumah melepaskan penat. Aku sedikit tersentak apabila disapa oleh emak.
"fiz..mak nak pergi ke surau..abah kamu dah lepas pergi..nanti jangan lupa datang tau...."ujar emak mengingatkan aku. Aku mencium tangan emak sebelum emak melangkah pergi. Aku masih berada dianjung rumah, teringatkan pada seraut wajah ayu itu. Siapakah gadis ayu itu? Selendang hijau itu memang sesuai pada seraut wajah yang bujur sirih itu.
"selendang hijau si gadis ayu.." berbicara hatiku. Teringat kembali aku harus ke sarau, tergopoh-gopoh aku membersihkan diri.
Sebelum memulakan solat isyak, aku mengambil angin di halaman surau. Aku berdiri mendongak memandang dada langit. Kelam tiada cahaya rembulan. Aku melepaskan nafas panjang.
*dimanakah kau bulan..kau menghilang tatkala aku memerlukanmu dan kesunyian. Mengapa kau hadir tatkala aku bersenang. Kenapa bukan ketika aku susah dan sunyi.
Aku kembali masuk ke dalam surau setelah solat isyak berkumandang. Terlalu payah untuk aku mengucapkan melalui kata-kata tentang perasaanku kini. Kenapa baru sekarang aku merasakan diri ini terasing dari mak abah. Kenapa bukan dahulu kenapa sekarang.
*ummi..ayah..Hafiz rindu.."senduku dalam hati teringat arwah ibu bapaku. Begitu syahdu bacaan tok iman sehingga membuatkan hatiku dilanda sebak.
No comments:
Post a Comment