Seperti biasa rutin harianku pulang dari laut,menghantar ikan ke pasar dan membersihkan bot. Ketika aku sedang membersihkan bot, aku teringatkan kembali peristiwa semalam, gadis ayu berselendang hijau. Kenapa kotak fikiranku sering teringatkan wajah ayu itu. Begitu indah pancaran cahaya dari anak matanya. Tidak dapat digambarkan melalui kata-kata.
Siapakah gadis itu? Dimanakah dia tinggal? Tidak pernah aku melihatnya sebelum ini. Baru berpindahkah?
Matahari mula menunjukkan akan berlabuh. Aku mengikat tali bot di tiang kayu yang berdiri tegak di atas pantai. Aku mengangkat jala lalu meletakkan di atas bahuku. Ketika aku berjalan dipersisiran pantai, aku ternampak kelibat gadis itu sedang berdiri di balik pokok kelapa. Selendang hijau tersarung kemas di rambutnya yang ikal mayang itu. Entah bila pandangan kami bertamu, gadis itu tersenyum kepadaku. Teragak-agak untukku membalasnya. Gadis itu melangkah menghampiriku.
"Assalamualaikum..apa khabar?" soal gadis itu tersenyum manis.
"Waalaikummussalam..khabar baik.."balasku tergagap-gagap. Intonasi nada suaraku berubah sama sekali. Kenapa dengan diriku, gelabah tiba-tiba. Mata yang bersinar itu memandang tepat ke wajahku.
"terima kasih pasal semalam.."ucap gadis itu lembut. Tersentuh hati aku mendengar suara gemersik itu.
"tak apa..perkara kecil sahaja..cantik selendang tu.."pujiku ikhlas.
"Arwah nenek yang beri..dia beli selendang ni di Makkah ketika menunaikan haji.."beritahu gadis itu tentang selendang hijaunya..
"Nama saya Kamalia..panggil lia je..."beritahu gadis namanya. Tertunai hajat aku untuk mengetahui namanya tanpa dipinta. Pandangan mata itu bagai menanti jawapan dariku. Baru ku ingat, aku masih belum memperkenalkan diriku.
"Hafiz...panggil fiz.." jawabku tersenyum kepada gadis itu. Senyumanku dibalas. Akanku ingati detik bersama ini.
*******************************************************************************
Sepanjang perkenalan ini, baruku tahu gadis ini seorang graduan universiti Oxford di Kota London, England, tetapi telah menamatkan pengajian selama dua tahun. Beritahunya lagi, dia akan menyambung kembali pengajian di dalam negeri sahaja. Begitu tinggi tarafnya dariku yang hanya pelaajr lepasan SPM. Sepeerti biasa, aku membersihkan bot, Kamalia datang menjengukku.
"khusyuk nampak sampai orang disini tidak dihiraukan.."soal Kamalia tersenyum manis. Aku hanya tersenyum masih malu untuk berbual dengannya.
"nampaknya tinggal tiga minggu je lagi lia tinggal di kampung ni sebelum sesi pendaftaran pelajar universiti dibuka..."keluh Kamalia sambil duduk di atas pasir. Aku yang sedang mengelap bot memandang ke wajah Kamalia. Muram sungguh wajah itu.
"Lia pasti lia akan rindukan Kampung Selasih ni."ujar Kamalia lagi. Tiba-tiba fikiran nakalku menjelma. Aku hendak mengusiknya.
"rindukan kampung ke atau rindukan kat jejaka tampan di depan mata ni.."soalku mengusik. Kamalia sudah menjeling kepadaku.
"Perasan...!"balasnya memuncungkan bibir.
"Alamak..dah tak cantik rupa tu..muncung tu panjang sangat..macam muncung itik...tapi cantik lagi muncung itik dari muncung empat belas tu.."selorohku ketawa besar. Membuntang mata Kamalia mendengarnya.
"siapa kata muncung lia macam itik.."soal Kamalia menahan geram.
"sayalah yang kata..awak ingat bapak itik yang kata ke...?" giat aku mengusik gadis ayu itu. Pandangan tajam itu masih tampak menggoda dengan alis bulu mata yang lentik walaupun begitu takut untuk dipandang.
"Janganlah pandang macam tu..tergoda tau. Tahulah kita ni jejaka tampan yang berwajah ala-ala Rosyam Nor..janganlah goda sekarang..tunggu lepas kahwin..baru boleh goda.."selorohku ketawa kuat. Kamalia sudah mula berdiri. Pantas aku membuka langkah seribu. Kami berlari-lari di persisiran pantai dengan perasaan gembira dan bahagia. Matahari mrnjadi saksi perhubungan yang telah bertaut kini.
* Kamalia..seindah namamu................................................

No comments:
Post a Comment