Thursday, 10 November 2011

Selendang Hijau.....bab 4

Berlalu sudah tiga minggu. Aku menghantar pemergian Kamalia dengan hati yang berat dan sayu. "
"Jaranglah aku dapat bertemu denganmu....Kamalia...".bisik hatiku. Aku menjalani hari-hari yang mendatang dengan perasaan yang sunyi. Tiada gelak ketawa mahupun celoteh bicara gadis ayu itu.

"Oh..Kamalia..aku cukup merinduimu..."

Selesai melakukan tugas menghantar ikan ke pasar dan membersihkan bot, aku  terus pulang ke rumah. Aku hairan melihat kedatangan ketua kampung yang sedang enak menjamu minum petang bersama-sama abah dan emak di anjung rumah. Aku menyalami seorang demi seorang. Aku duduk di sebelah abah.

"baguslah kamu dah pulang...tok ada perkara nak bincang.." beritahu ketua kampung yang digelar sebagai tok mat. Aku menanti soalan yang seterusnya dari bibir lelaki berusia itu.

"bagini..abah kamu dan tok telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM 5,000.00 untuk kamu meneruskan pelajaran kamu. Kamu masih muda dan ada cita-cita..jadi abah kamu telah berusaha mencari duit untuk menampung keperluan pelajaran kamu. Dia teringin melihat kamu berjaya mencapai apa yang kamu ingin.."beritahu tok mat panjang lebar. Aku memandang wajah abah. Abah merenungku. Dengan pantas aku melulu ke arahnya dan memeluknya sambil menangis. Dia turut menangis sambil menepuk-nepuk bahuku.

"sudahlah tu..jangan nangis..abah buat semua ni untuk kebaikan fiz.."ujar abah menahan esakan. Pelukan sudah terlerai namun air mata masih mengalir membasahkan pipi. Tiada kata-kata mampu aku lafazkan waktu itu. Hanya renungan mata sahaja mampu berbicara pada waktu itu.

******************************************************************************
Selesai makan malam, aku keluar dari rumah menuju ke pantai. Bulan mengambang pada malam ini menerangi sekitar kawasan pantai. Gerai yang terletak tidak jauh dari pantai riuh-rendah. Damai sungguh suasana  disini. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut wajahku. Aku masih memikirkan peristiwa petang tadi. Patutkah aku meneruskan pelajaran atau menyimpan wang itu untuk kemudian hari. Mungkin aku boleh menggunakan wang itu untuk membuka perniagaan. Jika hasik menguntungkan aku boleh menanggung keluargaku dan meneruskan pelajaran. Aku harus membuat keputusan yang bijak demi masa depanku. Aku bertekad hendak menyimpan wang itu terlebih dahulu. Ilmu sentiasa ada dimana-mana cuma manusia harus bijak mencarinya. Aku harus berbincang dengan abah dan emak terlebih dahulu sebelum bertindak..

*Ya Allah..berikanlah hambamu ini kekuatan dan petunjuk dan tempatkanlah roh kedua orang tua kandungku disisi bersama orang beriman.

No comments:

Post a Comment