Asap teh berkepul-kepul naik ke udara. Aku menanti jawapan dari mulut abah. Emak yang berada disisi abah hanya mendiamkan diri. Suasana sepi dan bungkam. Abah ku lihat menarik nafas lalu melepaskannya. Tiba-tiba abah bersuara.
"abah tak kisah keputusan fiz...janji fiz berjaya capai apa yang fiz hajati...."luah abah tersenyum kepadaku. Aku menarik nafas lega begitu juga emak.
"terima kasih kerana memahami keputusan fiz...."ucapku bersyukur.
"fiz dah dewasa..fiz yang patut tentukan hala tuju kehidupan fiz..bukan abah dan mak lagi..tanggungjawab abah dan emak dah terlaksana..sekarang fiz yang harus bijak menentukan masa depan fiz. Duit tu kalau fiz nak gunakan..gunakanlah sebaik mungkin dan jalan yang diredhai Allah. Abah dan emak dah tua..apa orang kata rumah kata pergi kubur kata mari..."seloroh abah mempunyai maksud tersirat. Aku tahu cita-cita dan hajat abah adalah mengerjakan haji. Melihat kehidupan keluarga ini, terpaksalah abah memendamkan harapan itu. Bagi aku walaupun keluarga ini tidak hidup senang, namun keluarga ini kaya dengan kasih sayang walaupun aku hanyalah anak angkat, abah dan emak melayan aku bagai menatang minyak yang penuh. Aku akan balas jasa keluarga ini. tekad ku dalam hati.
Subuh-subuh lagi, aku dan abah sudah turun ke laut. Banyak hasil tangkapan kami perolehi, syukur alhamdulillah,rezeki allah. Seperti kebiasaan pulang dari laut, aku akan membersihkan bot. Dikala itu aku terkenangkan kamalia. Bagaimana dia sekarang. Rindu sungguh aku kepadanya. Bagai terlihat-lihat kain selendang hijau tersangkut di tiang bot aku. Selendang hijau itulah berjaya menarik dan mencuri hatiku. Keayuan wajahnya dan senyuman manis yang ikhlas membuat tidurku tidak lena.
*kamalia...aku tetap setia menanti kedatanganmu untuk membuktikan cintaku di hadapan sekalian alam disaksikan oleh matahari terbenam.
******************************************************************************
Ketika aku melangkah hendak pulang ke rumah setelah selesai membersihkan bot, aku terkaku melihat Kamalia berlari-lari anak ke arahku. Wajahnya sedih dan muram. Tiada cahaya kegembiraan. Aku hairan kenapa Kamalia pulang ke Kampung Selasih. Bukankah dia sekarang menyambung pengajian. Cuti semesta belum tiba, baru sebulan dia pergi, kenapa terlalu cepat dia pulang. Buntu fikiranku, Semua tafsiranku berlalu dibawa bayu laut. Kamalia berdiri bertentangan denganku sambil menangis teresak-esak.
"kenapa lia..? apa yang terjadi?"soalku risau teramat sangat melihat insanku kasihi mengalirkan air mata.
Kamalia masih seperti tadi, menangis.
"lia beritahu fiz apa yang dah terjadi.."soalku mengulang semula pertanyaanku tadi.
"fiz..lia tak sanggup berpisah dengan fiz..lia cintakan fiz.."beritahu Kamalia tanpa hujung pangkal soalan.
"apa lia cuba bagitau fiz..fiz tak faham..!" soalku lembut dan tenang. Dalam pemikiranku sudah terdetik perkara yang tidak diingini akan berlaku.
"umi dan abah nak satukan lia dengan pilihan mereka. Lia tak mahu..hanya fiz lia cintai..tiada yang lain..lia tak sanggup hidup dengan orang yang bukan lia cintai."beritahu Kamalia menangis teresak-esak. Selendang hijau itu basah dek air mata Kamalia. Aku masih tidak mampu menerima kenyataan itu. Aku akan kehilangan Kamalia. Tiada kata terucap di bibirku. Aku masih terkejut dengan berita itu.
"fiz tolonglah lia..rebutlah lia dari lelaki pilihan umi dan abah..hanya fiz dihati lia.."beritahu gadis itu teresak-esak. Tiba-tiba aku dapat satu kekuatan.
"Fiz takkan biarkan orang lain merampas orang yang fiz sayangi...fiz tahu apa yang patut fiz lakukan..kita berdoa kepada Allah moga kita dapat bersatu..tiada sesiapa dapat memisahkan kita melainkan ajal maut sahaja.."ujarku bersungguh-sungguh. Aku harus merebut Kamalia.
"terima kasih fiz.."balas Kamalia dengan mata yang bersinar harapan. Air mata Kamalia aku seka dengan hujung jari-jari kasarku.

No comments:
Post a Comment