Monday 2 April 2012

aku dan bintang......

Akhirnya Tuan Shaari menghentikan pemanduannya. Ayumi yang sedari tadi duduk diam di tempat duduk belakang melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Pelbagai persoalan bermain di fikirannya.

"jom...kita dah sampai" ajak Tuan Shaari lalu membuka pintu kereta. Puan Raziah dan Ayumi saling berbalas pandang sebelum mereka berdua membuka kereta untuk keluar.

Pandangan mereka bertiga tertancap pada sebuah villa yang mewah di hadapan mereka. Villa yang tersegam gah  dan indah. Siapalah pemilik villa tersebut? pasti mereka bukan calang-calang orang.

Ayumi akui villa tersebut memang benar-benar cantik. Reka bentuknya yang seperti British classic menambahkan kelainan pada reka bentuk villa tersebut.

"papa..ni rumah siapa? cantiklah...besarnya villa nie" puji Ayumi  ikhlas. Puan Raziah tidak sudah-sudah melihat ke arah villa tersebut.

"Sebenarnya....inilah surprise papa untuk kamu semua. Villa ni akan jadi rumah baru kita. Kita akan berpindah ke sini..." ujar Tuan Shaari riang.

Puan Raziah dan Ayumi ternganga. Benarkah apa yang mereka dengar sebentar tadi. Ya Allah..sungguh mereka tidak percaya. Villa yang cukup indah ini akan menjadi tempat tinggal mereka? Sungguh Puan Raziah dan Ayumi masih tidak percaya.

"betul ke papa..atau papa saje-saje nak bergurau dengan kami" soal Ayumi was-was.

"laaa...betullah..buat apa papa bawa kamu sejauh ni lau nak bergurau ?" jawab Tuan Shaari sambil tersenyum.

"papa belikan rumah ni untuk keluarga kita. Rumah ni rumah lama. Papa berkenan dengan rumah ni. That why papa beli rumah nie.. Rumah ni akan menjadi rumah tetap kita." beritahu Tuan Shaari lagi.

"jom..kita masuk.." ajak Tuan Shaari sambil memimpin tangan Puan Raziah dan Ayumi. Tiba-tiba secara automatik, pintu pagar yang setinggi pokok dewasa terbuka dengan sendiri. Seorang lelaki berumur yang bernama Pak Said yang lengkap berpakaian uniform ala-ala diraja menunduk hormat ke arah mereka. Tuan Shaari mengangkat tangan tanda membalas hormat.

Pak Said memandang tuan rumah merangkap majikannya yang baru dari kejauhan. Di dalam hatinya, tersemat harapan yang tinggi. Moga keluarga inilah yang terakhir menjadi pemilik villa ini. Pak Said berkenan dengan sikap Tuan Shaari yang merendah diri dan hormat kepada orang lain. Sikap Tuan Shaari tidak ubah seperti sikap pemilik asal Villa De Amour ini, Tuan Ibrahim Smith William.

Hampir 20 tahun peristiwa lampau itu berlalu pergi. Jika bukan di sebabkan peristiwa itu, sudah pasti Tuan Ibrahim Smith William dan mendiang isterinya masih disini. Melihatkan anak gadis Tuan Shaari sebentar tadi, terus ingatannya teringat kepada mendiang arwah anak Tuan Ibrahim Smith William, Sabrina Smith William yang cantik dan lemah-lembut. Sayang seribu kali sayang, Sabrina menemui ajalnya dalam keadaan cukup mengaibkan keluarganya. Tidak cukup di situ, penduduk disekitar mengatakan mereka terserempak dengan roh Sabrina merayau-rayau meminta tolong. Terdapat juga khabar angin mengatakan roh Sabrina bangkit ingin membalas dendam.

Cerita-cerita itu telah menyebabkan Puan Rosalia jatuh sakit. Kematian Sabrina dalam keadaan cukup tragis sukar diterima apatah lagi mendengar kisah-kisah yang mengaibkan tentang anak perempuannya. Dari hari ke hari, kesihatan Puan Rosalia semakin menyusut sehinggalah sampai satu tahap Tuan Ibrahim Smith William buntu tidak tahu hendak berbuat apa-apa lagi. Akhirnya Puan Rosalia pergi meninggalkan Tuan Ibrahim Smith  William sendirian yang masih sedih dengan pemergian anak gadis kesayangannya.

Akhirnya Tuan Ibrahim Smith William mengambil keputusan untuk pulang semula ke kampung halamannya di England. Sehingga kini, tiada khabar langsung dari Tuan Ibrahim Smith William.

 Pak Said mengeluh lembut. Semoga tragedi ini berakhir...

*********************************************************

No comments:

Post a Comment