Tuesday 3 April 2012

aku dan bintang......

Ayumi duduk menongkat dagu di meja belajarnya. Jendela biliknya yang terletak di hadapannya terbuka luas. Membenarkan udara luar masuk menyejukkan suasana di dalam bilik. Anak matanya memandang tepat ke halaman rumahnya.

Ayumi mengeluh panjang. Keputusan rdastik papanya yang mahu berpindah secepat mungkin membuatkan Ayumi gundah. Bukan dia tidak bersetuju dengan keputusan papanya tetapi dia belum bersedia lagi. Dia selesa tinggal di sini dan sebolehnya tidak mahu berpindah ke mana-mana.

Disinilah dia membesar dan melakar memori indah sepanjang hidupnya. Berat hati sungguh hendak berpindah. Ayumi meraup wajahnya.  Mahu tidak mahu dia perlu mengikut keputusan papanya.

**********************************************

18 tahun yang lampau............................

Bunyi kilat yang sambung- menyambung mengejutkan dia dari lenanya. Hujan turun dengan lebatnya. Perlahan-lahan dia bangkit dari pembaringannya. Penglihatannya kabur. Tiba-tiba kepalanya terasa berat dan pening-pening. Suasana di sekitarnya gelap dan kelam. Dimanakah dia sekarang?
Baru dia sedar dia berada di dalam biliknya sendiri.

Lambat-lambat dia bangun ingin menghidupkan lampu biliknya. Suasana yang kelam bertukar terang.

Kehairan menerpa di ruang pemikirannya. Segera dia melangkah ke arah meja soleknya. Pakaian yang membaluti tubuh badannya mengundang seribu pertanyaan.

Mengapa dia memakai gaun pengatin? Lengkap bermekap sekali. Namun mekapnya comot seolah-olah seperti baru sudah menangis. Air matanya telah meninggalkan bekas di wajahnya yang putih gebu itu. Mengapa dia menangis??

Semasa dia ingin mengelap kesan cela di wajahnya, wajahnya tiba-tiba meninggalkan kesan merah. Wajahnya berkerut. Pelik.

Dia terkejut apabila mendapati tangan kanannya berlemuran dengan cecair berwarna merah. Begitu juga dengan tangan kirinya.

Perlahan-lahan dia mendekatkan tangannya di hidung. Tiba-tiba dia terasa mual. Rasa ingin muntah. Hanyir sungguh bau cecair merah itu. Segera dia mencapai kain putih yang berada di tepi meja soleknya. Melekit sungguh cecair merah itu.

Ketika dia sedang menyapu tangannya, baru dia perasan di hujung kaki gaun pengantinnya juga terdapat cecair yang berwarna merah. Hatinya mula berasa tidak enak. Seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Cahaya kilat yang memancar menyebabkan dia tersentak lalu jatuh terduduk. Ketika itulah dia ternampak sebilah pisau tidak jauh darinya. Lambat-lambat dia mencapai pisau tersebut. Pisau itu juga terdapat cecair merah. Baunya juga hanyir. Tiba-tiba anak matanya terbeliak. Pantas dia mencampak pisau tersebut.

Dadanya mula berdegup pantas. Nafasnya terasa tersekat. Dia menelan liur nya.

Baru dia sedar bahawa cecair merah itu adalah darah. Tanpa berlengah, dia segera berlari keluar dari bilik tidurnya. Laju dia berjalan menuruni anak-anak tangga.

Suasana di ruang legar gelap gelita. Kemana semua orang? Kenapa rumah ini terasa seperti rumah puaka?

Dia berjalan laju ke arah ruang berehat di sayap kiri rumahnya. Tiada sesiapa di situ. Dia mula tidak keruan. Dia rasa ingin menjerit. Kemana semua orang di dalam rumah ni? Kenapa dia sorang-sorang di sini?

Tiba-tiba anak matanya terhenti pada sesuatu. Kerusi Queen yang terletak disudut dinding teralih dari kedudukan asalnya. Hatinya bagai ditarik-tarik untuk mendekati tempat itu. Lambat-lambat kakinya melangkah.

Sepasang kaki yang terjulur keluar dari celah kerusi Queen itu menarik perhatiannya. Siapa yang terbaring di situ? Sakitkah dia? Apabila semakin dekat, dia sedar sepasang kaki tersebut adalah milik seorang lelaki.

Tangan kanannya segera menarik tubuh lelaki tersebut. Dia ingin melihat wajah lelaki itu.

Alangkah terperanjatnya dia apabila mendapati lelaki yang terbaring itu adalah Tengku Rayyan, tunangnya.
Segera dia memangku kepala lelaki itu. Wajah tunangnya pucat. Dia memegang pergelangan tangan tunangnya. Nadinya tidak berdenyut. Dadanya mula bergetar hebat.

Dibalik baju kot Tengku Rayyan, terdapat cecair merah yang masih mengalir membasahi lantai kayu ruang rehat itu. Darah.

Tangannya mula menggigil. Cecair itu sama seperti cecair yang terdapat di kedua-dua belah tangannya.

Dia menjauhkan dirinya dari jasad Tengku Rayyan. Tiba-tiba ingatannya kembali. Anak matanya terbeliak.

Kilat yang memancar kuat di luar menerangi ruang berehat itu. Potret besar yang tergantung di dinding menakutkan dia. Wajah Tengku Rayyan dan dia yang sedang tersenyum bahagia menakutkan dia. Wajah Tengku Rayyan membuatkan hatinya kecut. Anak mata lelaki itu seolah-olah memberi amaran ingin membunuhnya.

Dibawah potret itu tertulis nama Tengku Rayyan dan Sabrina Smith William dengan tinta keemasan.

Tiba-tiba satu suara garau sedang ketawa bergema. Sabrina yang ketakutan menjerit kuat sehingga di hujung suaranya.

**********************************************************************

No comments:

Post a Comment