Friday 6 April 2012

aku dan bintang......

Ayumi hanya mendiamkan diri sahaja sepanjang perjalanan. Dia leka melihat penorama indah di luar. Hari ini merupakan detik sedih apabila dia terpaksa meningglkan rumah lamanya. Ikut kan hati mahu sahaja dia memprotes tidak mahu berpindah tetapi melihat wajah ceria papa..dia tidak tergamak. Dipendamkan sahaja perasaan itu jauh di lubuk hatinya. Jika itu yag terbaik untuk papa, dia sanggup mengalah asalkan papa sentiasa bersama mereka.

Ayumi mengalihkan pandangannya ke sebelah. Ailisha ketika itu sedang enak tidur. Ayumi hanya melepaskan dengusan halus. Adiknya yang seorang ini jika pergi ke mana-mana,pasti mudah terlelap. Kadang-kala berjam-jam tidurnya. Sleppy Baby.

Ayumi memandang semula ke luar tingkap. Ketika itulah dia terlihat seorang lelaki berjalan arah bertentangan dari arus laluan. Anak mata Ayumi betul-betul melekat pada wajah lelaki itu. Saat itulah pandangan mereka berdua bertembung.

Dalam kesekejapan itu, perasaan Ayumi tersentap. Dadanya bergetar hebat. Wajah lelaki itu kelihatan serius sekali namun Ayumi dapat merasakan panahan lembut dari sinar mata lelaki itu.

Ayumi mengalih tubuhnya ingin melihat lelaki itu. Walaupun jarak Ayumi dan lelaki itu semakin jauh namun Ayumi dapat melihat dengan jelas bahawa lelaki itu turut memandang ke arahnya.

Sebaik sahaja Tuan Shaari membelok masuk ke simpang, tubuh lelaki itu hilang dari pandangannya.
Ayumi membetulkan semula duduknya. Nafasnya kembali teratur. Mengapa perasaannya terganggu sebaik sahaja melihat lelaki yang tidak dikenali itu.

Mata itu......mata itu itu sungguh indah. Penuh rahsia. Ayumi memejamkan matanya. Dia tidak sangka dia akan jadi begini. Ayumi menarik nafas panjang dan berharap agar perasaannya kembali tenang seperti sedia kala.

*****************************************************************************
Sebaik sahaja mereka sampai di perkarangan Villa De Amour, mereka telah disambut oleh seorang lelaki muda yang lengkap beruniform. Lelaki muda itu menghadiahkan senyuman manisnya kepada Ayumi sekeluarga.

"Assalamualaikum....dan selamat datang ke Villa De Amour. Saya Daniel penjaga Villa ini. Gembira menerima kedatangan Tuan Shaari sekeluarga.." ujar lelaki muda yag bernama Daniel itu.

"Waalaikummusalam...terima kasih Daniel. Maaf kerana lambat sampai..." balas Tuan Shaari merendah diri.

"ohhh...tidak mengapa..sudah menjadi tugas saya menanti dan memberi perkhidmatan kepada Tuan sekeluarga..." jawab Daniel beradab. Mereka berbalas senyuman.

" Kenalkan dua orang puteri saya...Ayumi dan Ailisha..dan ini isteri saya.. Puan radziah..." Tuan shaari memperkenalkan ahli keluarganya.

"Selamat berkenalan.." ujar Daniel menundukkan sedikit kepalanya.

Tiba-tiba Ailisha menyiku lengan Ayumi. Ayumi sedikit tersentak.

" Handsomelah Yumi...berkenan aku.." ujar Ailisha nakal. Membuntang mata Ayumi mendengar kata-kata adiknya.

" dah mulalah tu..bagitau mama nanti.."ugut Ayumi pura-pura marah.

"eleh....tu pun nak adu...gedik". ejek Ailisha menyampah. Ayumi sekadar tergelak kecil. Saja nak mengusik adiknya. Dia suka melihat adiknya marah. Seronok.

"Mari saya tunjukkan sekitar rumah dan bilik-bilik Tuan sekeluarga. Ayuh..."ajak Daniel sambil tersenyum. Saat itu anak mata Ayumi dan Daniel bertembung. Lelaki muda itu menghadiahkan senyuman kepada Ayumi. Ayumi malu-malu hendak membalas.

Dari kejauhan sepasang mata memandang tajam ke arah keluarga Tuan Shaari.  Pandangan yang penuh dengan makna tersirat. Namun dia tertarik dengan salah seorang ahli keluarga itu. Hanya menanti masa yang sesuai untuk dia memulakan rancangannya. Dia melangkah pergi sebaik sahaja keluarga itu hilang dari pandangan matanya.

*************************************************************************

1 comment: