Tuesday 10 April 2012

aku dan bintang......

Ayumi benar-benar terpegun melihat keindahan hiasan dalaman villa ini. Sungguh dia tidak percaya bahawa dia akan tinggal di dalam rumah sebesar ini. Bagai kisah pari-pari menjadi kenyataan. Ayumi bersyukur Allah memberi peluang kepadanya untuk merasai nikmat tinggal di dalam rumah agam sebesar istana ini.

Ayumi dan Ailisha melangkah mencari bilik yang bakal di huni oleh mereka. Bilik mereka terletak di tingkat atas. Jadi mereka terpaksa mendaki anak-anak tangga yang boleh tahan tingginya.

"Lisha...kau nak bilik yang mana?" soal Ayumi sambil mengerling ke arah adiknya yang berjalan seiring dengannya.

" aku nak ambik bilik sebelah bilik kau. Taklah aku takut nanti. Kalau aku takut, aku tidur kat bilik kau.."jawab Ailisha

"haah kan...betul gak kata kau...kita ambik bilik yang dekat dengan tangga...kalau apa-apa jadi...senang..direct turun tangga je..." Ayumi setuju dengan cadangan adiknya.

"betul tu...aku tengok rumah ni menyeramkanlah...aku tak biasa dok rumah besar-besar macam ni...seram aku.."ujar Ailisha sambil mengusap kedua-dua pergelangan tangannya.

Akhirnya mereka sampai di ruang atas. Terdapat lima buah pintu bilik tingkat atas. Seperti yang telah dipersetujui, Ayumi dan Ailisha mengambil bilik yang berdekatan antara satu sama lain dan juga berdekatan dengan tangga.

Ayumi dan Ailisha pun masuk ke dalam bilik masing-masing. Ayumi memulas tombol berwarna keemasan pintu biliknya.

Ayumi melangkah masuk. Saat itulah anak mata Ayumi terbuntang. Ya Allah..cantik sungguh biliknya. Seperti bilik seorang puteri raja. Segala-galanya mewah. Warna latar biliknya berwarna merah jambu manakala di penjuru biliknya berwarna putih. Ayumi duduk di atas katil yang bersaiz Kingsize. Ayumi menyentuh cadar katilnya. Ya Allah lembutnya. Ayumi membaringkan dirinya. Memandang siling biliknya yang unik dengan ukiran bunga-bunga ros. Lampu biliknya berwarna kuning keemasan menambahkan seri biliknya. Tiba-tiba anak mata Ayumi terhenti di tingkap biliknya. Langsir tingkat yang tebal dan berwarna putih bersih itu lembut mengalun di tiup angin petang.

Ayumi bangkit dan melangkah ke arah jendela biliknya. Biliknya betul-betul berhadapan dengan taman bunga ros. Terdapat rumah kaca di taman itu. Rumah kaca itu bersinar dipanah cahaya neon lampu jalan. Seakan-akan seketul berlian yang bersinar.

Bunyi ketukan di pintu mengalih perhatian Ayumi. Ayumi berlari-lari anak membuka pintu. Wajah penjaga rumah yang bernama Danial menjadi tatapan mata Ayumi.

"maaf menganngu cik Ayumi...saya hendak maklumkan sebentar lagi bagasi-bagasi cik Ayumi akan dibawa masuk..."

''Oh...okey...awak boleh letakkan bagasi-bagasi saya kat sebelah katil..awak x perlu kemas..biar saya yang buatkan.."beritahu Ayumi..

"baiklah cik Ayumi...Sebentar lagi makan malam..cik Ayumi nak pesan apa-apa makanan?" soal Daniel lembut.

"Oh tidak...saya makan apa saja kecuali batu, kayu dan besi..." ujar Ayumi sambil berseloroh. Daniel menahan tawanya dengan hanya melemparkan senyuman kecil kepada Ayumi.

"kalau tiada apa-apa..saya minta diri dahulu..cik ayumi boleh panggil saya dengan telefon khas yang terletak ditepi dinding ini..''beritahu Daniel lagi. Ayumi mengangguk memahami.

Sebaik sahaja Daniel melangkah pergi, Ayumi menutup perlahan daun pintu. Ayumi mengerling melihat jam dinding. Hampir pukul 7.30 malam...solat, maghrib pasti dah masuk. Ayumi segera mencapai tuala mandi lalu melangkah masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihakn diri. Suruhan Allah tidak baik di lewat-lewatkan.

******************************************************************************

No comments:

Post a Comment