Sunday 6 May 2012

aku dan bintang......

langit yang sebentar tadi gelap mula bercahaya. Sang mentari mula perlahan-lahan menunjukkan diri di balik awan-awan. Ayam jantan mula menjalankan tugasnya. Mengejutkan penghuni-penghuni di sekitar kawasan tersebut. Bunyi kokokan ayam yang sayup-sayup itu mengejutkan Ayumi dari lena nyenyaknya. Perlahan-lahan kelopak mata Ayumi terbuka. Ayumi segera mencapai telefon bimbit jenama Samsung yang terletak di sebelah bantal kepalanya.

Jam sudah menunjukkan tepat pukul 6:25 pagi. Segera Ayumi bingkas bangun untuk menunaikan solat subuh. Usai menunikan solat subuh, Ayumi melangkah mendekati jendela biliknya. Cuaca pada pagi itu sungguh indah. Kabus masih menebal menyelubungi di sekitar rumahnya. Lebih indah, bunga-bunga mawar riang mengembangkan kelopaknya. Cantik sungguh. Bunyi ketukan di daun pintu mengalihkan tumpuan Ayumi. Ayumi segera berjalan ke arah pintu dan membukanya. Terjengul wajah Daniel sambil tersenyum manis. Ayumi membalas senyuman manis itu.

"Maaf menganggu cik Ayumi subuh ni...saya nak maklumkan...sarapan pagi sudah disediakan. Semua ahli keluarga cik Ayumi sudah menanti di meja makan.." beritahu Daniel sopan. 

"ohhhh...sekejap lagi saya turun...suruh mereka bersarapan dahulu...saya mungkin lewat sedikit turun..." jawab Ayumi lembut.

"Baiklah cik Ayumi...kalau begitu saya minta diri dahulu.." ujar Daniel lagi. Ayumi mengangguk sebagai tanda membenarkan penjaga rumah itu pergi. 

Ayumi berasa cukup janggal sekali. Tidak pernah-pernah dia di layan sebegitu rupa. Memiliki seorang penjaga menbuatkan dia rasa kurang selesa. Dia bukan puteri raja untuk mendapat layanan sebegitu rupa. Mungkin dia boleh berbincang dengan Daniel mengenai perkara ini.
Ayumi mencapai tuala mandi yang tersangkut di penjuru biliknya lalu berlalu masuk ke dalam bilik mandi. 

****************************************************************************

Ketika Ayumi sampai di meja makan...tiada seorang pun di situ. Ke mana perginya papa, mama dan Ailisha?
tiba-tiba seorang wanita yang lengkap beruniform lalu di sebelahnya. Ayumi sedikit terkejut. Dia mengurut-urut dadanya. 

"Maafkan saya cik kerana membuat cik terkejut..."ujar wanita muda itu. 
"ohhh...tak mengapa....mana semua ahli keluarga saya..?" soal Ayumi ingin tahu.
"selepas bersarapan tadi...Tuan, Puan dan cik Ailisha sudah keluar..kemungkinan mereka ke bandar yang berdekatan..Tuan juga berpesan supaya cik jangan ke mana-mana..." ujar wanita muda itu sambil menundukkan  kepalanya.
"ohhh...macam itu...terima kasih kerana memberitahu saya.." jawab Ayumi lega.

"cik ayumi  nak bersarapan apa pada pagi ini? Saya boleh siapkan." tanya wanita muda yang bertugas sebagai orang gaji itu.
"tak mengapalah..saya tidak lapar. Kamu boleh sambung kerja kamu semula."

Wanita muda itu pun beredar. Ayumi masih berdiri di tepi meja makan. Di dalam benaknya masih terfikir-fikir apa aktiviti yang dia mahu lakukan hari ini. Ayumi buntu. Hendak keluar dia takut dan bimbang. Tempat tinggalnya yang baru ini masih asing padanya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk duduk sahaja di dalam biliknya. Menghabiskan masa melayari internet atau blogging.

Pintu biliknya ditutup lembut. Ayumi melangkah lambat-lambat dan berdiri di tengah-tengah ruang biliknya. Anak matanya meliar melihat seluruh biliknya. Cantik sungguh dekorasi bilik ini. Bagaikan bilik seorang puteri raja.

Ayumi melangkah menuju ke jendela biliknya. Dia gemar menghabiskan masa di depan jendela sambil menikmati panorama indah  di taman bunga mawar. Dalam keasyikan menyaksikan keindahan ciptaan Allah, Ayumi ternampak seorang lelaki sedang berjalan menuju ke sebuah rumah kayu yang terletak di belakang villa. Ayumi cuba mengecam wajah lelaki itu namun kabur. Jarak penglihatan matanya terlalu lemah. Namun dari bentuk susuk tubuh lelaki itu yang sasa dan tegap, Ayumi yakin lelaki itu adalah Daniel. Ayumi berlari-lari anak keluar dari biliknya.

Ayumi menuju ke pintu  utama dan berjalan pantas ke belakang rumah. Ayumi berjalan sambil anak matanya meliar-liar mencari kelibat Daniel. Ayumi meneruskan langkah sehingga tidak sedar terdapat seketul batu sebesar bola besbol di hadapannya. Spontan Ayumi terjatuh terjelopok. Ayumi mengerang kesakitan sambil melihat lutut kakinya yang tercedera. Kulit lutut kakinya terkoyak. Ayumi menahan bisa kesakitan itu.

Tiba-tiba sepasang tangan menyentuh kaki Ayumi. Ayumi menjerit terkejut. Jelas anak matanya terbuntang besar. Takut dan resah.

"Cik Ayumi jangan panik...saya Daniel.." ujar Daniel cuak melihat Ayumi mula menangis. Ayumi memandang pantas ingin melihat wajah di hadapannya. Suara Danie cukup dia kenali. Benarlah tangan yang menyentuh kakinya itu milik Daniel. Ayumi tersenyum lega. Terhenti tangisan ketakutannya.

"Cik Ayumi buat apa kat belakang ni sorang-sorang..cik Ayumi cari siapa?" soal Daniel ingin tahu.
Ayumi tidak menjawab. Malulah kalau dia beritahu dia mencari lelaki itu. Pasti Daniel akan tanya macam-macam.

" saya sahaja nak jalan-jalan kat sini.." bohong Ayumi sambil melarikan anak matanya.
''Teruk luka kat kaki cik Ayumi ni...mari saya hantar ke rumah." Daniel mula bangun ingin memapah Ayumi. Namun Ayumi menegah. Daniel memandang pelik.

" saya bosan duduk sorang-sorang kat rumah. Lagipun luka di sikit je.." ujar Ayumi sambil membuat mimik muka simpati.
"tapi cik ayumi....
"jom teman saya jalan-jalan..saya takut jalan sorang-sorang." ajak Ayumi merayu. Daniel mula rasa serba salah. Tidak diikut, kasihan, bila di ikut, rasa bersalah.

"Baiklah..jom ikut saya.." akhirnya Daniel bersetuju. Ayumi tersenyum suka.

Mereka berdua pun berjalan. Daniel memandang Ayumi yang terjengket-jengket berjalan. Wajah gadis itu berkerut menahan sakit. Daniel menggeleng-geleng. Pasti gadis ini sedikit degil dan manja.

Tiba-tiba Daniel mendekati Ayumi lalu mencepung Ayumi. Ayumi terjerit kecil.

''Daniel...baik awak turunkan saya..." suruh Ayumi malu sambil menutup wajahnya.
"Maafkan saya cik Ayumi..saya terpaksa...saya tak mahu luka kat kaki cik Ayumi tu bertambah teruk..sebentar lagi kita akan sampai di bangsal kuda..kat sana ada bilik ubat.."ujar Daniel sambil memandang anak mata Ayumi.

Dumm..dada Ayumi berdegup pantas. Pertama kali dalam sejarah hidupnya, dia dicepung oleh seorang lelaki.
Ayumi tidak berani memandang wajah pemuda itu. Anak mata pemuda itu yang berwarna coklat itu benar-benar membuat jantungnya luluh. Sungguh dia benar-benar berasa tidak keruan.

Akhirnya mereka berdua tiba di bangsal kuda yang diperkatakan oleh Daniel. Daniel menurunkan Ayumi perlahan-lahan di atas sebuah bangku kayu yang cantik ukirannya.

Terkelip-kelip anak mata Ayumi melihat Daniel berlalu masuk ke dalam bangsal besar itu. Sungguh haruman wangian yang terbit dari tubuh Daniel masih terbau-bau di hidungnya. Ayumi menepuk pipinya sambil memarahi dirinya yang terang-terang sudah mula selesa dengan lelaki itu.

Daniel tiba bersama sekotak first aid. Daniel mengangkat kaki seluar Ayumi tanpa rasa bersalah. Ayumi mula malu-malu. Lelaki itu mula mencuci luka kaki Ayumi. Ayumi menahan sakit tanpa sedar memeluk tangan Daniel kuat. Daniel sedikit tersentak namun dia tetap meneruskan kerjanya. Daniel mula menampal plaster di tempat luka itu. Daniel tersenyum setelah selesai membersihkan luka Ayumi.

"Cik Ayumi..luka kat kaki cik Ayumi saya dah bersihkan..." ujar Daniel lambut. Ayumi melihat luka kaki yang sudah siap bertampal dengan plaster. Baru dia tersedar yang tangannya erat memeluk tangan lelaki itu. Segera dia melepaskan pelukan tangannya.

''Cik ayumi kata cik ayumi nak jalan-jalankan...jom saya nak tunjukkan sesuatu kat cik Ayumi." ajak Daniel sambil berdiri lalu melangkah masuk ke dalam bangsal. Ayumi mengikut dari belakang.

Di dalam bangsal itu, terdapat kuda yang besar-besar dan sihat-sihat belaka. Anak mata Ayumi bersinar melihat kuda-kuda itu.

"Kuda-kuda ini adalah milik Tuan Ibrahim Smith William. Sehingga sekarang kuda-kuda ini kami jaga dengan baik supaya kuda-kuda ini dapat menghasilkan baka-baka anak-anak kuda yang bagus." ujar Daniel sambil menepuk-nepuk badan seekor kuda berwarna coklat gelap.

"Kuda yang saya tepuk ni bernama Shooter. Antara banyak-banyak kuda di sini...Shooterlah yang paling pantas.. dia ni mewarisi kepantasan dari baka datuknya dahulu. Tuan Ibrahim selalu menunggang datuk Shooter. Selepas pemergian Tuan Ibrahim..datuk shooter mula jatuh sakit kerana rindukan Tuan Ibrahim. Datuk Shooter murung dan tidak mahu sesiapa menunggangnya selain Tuan I brahim. Beberapa bulan kemudian, datuk Shooter mati." beritahu Daniel panjang lebar. Ayumi mengangguk faham.

Tiba-tiba anak matanya terpandang seekor kuda berwarna putih bersih yang berada di kandang hujung sekali.
Ayumi berjalan mendekati kuda putih itu. Anak mata kuda itu memandang tepat wajah Ayumi. Kuda itu diam sahaja apabila Ayumi berdiri di depannya.

"Kuda putih ni bernama glasier...kuda ni adik kepada Shooter." ujar Daniel berdiri disebelah Ayumi.

"dahulu...Cik Sabrina gemar berwarna putih..bagi nya putih itu melambangkan kesucian. Jadi kuda miliknya berwarna putih. Dia amat menyayangi kudanya yang bernama Whitey yang juga nenek kepada Shooter dan glasier. Namun selepas kematian cik Sabrina..Whitey hilang ntah ke mana. Tiada sesiapa dapat menjejaki Whitey sehingga sekarang. Whitey juga meninggalkan anaknya yang  bernama lighter yang merupakan ibu kepada shooter dan glasier."

"jadi kuda-kuda ni adalah generasi baru dari keturunan kuda semasa zaman tuan ibrahim dan cik sabrina..?" soal Ayumi ingin tahu.

"iye...cik Ayumi...kuda-kuda ini tidak bertuan sehinggalah sekarang."
"kalau tidak keberatan....boleh tak saya nak berkenalan dengan Glasier..?" soal Ayumi lagi.
Daniel tersenyum..

"boleh cik Ayumi...masa inilah cik Ayumi nak berkenalan dengan semua penghuni villa de amour.."ujar Daniel...

Ayumi tersenyum. Dia memandang semula Glasier. Dalam hatinya terbit perasaan ingin menjadi tuan kepada glasier. Dia akan cuba mendapatkan kepercayaan glasier agar memberi dia menunggangnya.
Ayumi memasang tekad di dalam hati.

******************************************************************************






No comments:

Post a Comment