Saturday 12 May 2012

aku dan bintang......

Ayumi duduk menongkat dagu  di atas meja. Kejadian semalam masih terbayang-bayang di ruang mindanya. Sungguh dia masih terkejut dengan tindakan drastik Daniel mencepungnya tempoh hari. Itulah kali pertama sepanjang hidupnya, dia dicepung oleh seorang lelaki. Bila diingat mengenai peristiwa itu, pasti pipinya mula terasa panas dan berona merah. Jujur Ayumi segan jika bertembung dengan lelaki itu.

Seperti biasa, Ayumi akan duduk termenung di hadapan jendela biliknya. Hendak berbual, Ailisha sudah berangkat ke sekolah. Terpaksalah dia memerap di dalam bilik sahaja. Puan Raziah seperti biasa akan sibuk melakukan kerja-kerja rumah. Ayumi memejamkan matanya apabila wajahnya di tampar lembut oleh sang angin.

Tiba-tiba anak mata Ayumi terhenti tepat pada rumah kaca. Rumah kaca yang menempatkan anak-anak bunga mawar yang telah dikacukan untuk menghasilkan spesis bunga mawar yang baru. Dekorasi dan landskap rumah kaca itu menarik minat Ayumi untuk pergi ke sana. Dari dia duduk termenung di dalam bilik, apa salahnya dia melawat rumah kaca tersebut.

Ayumi pun segera keluar dari biliknya dan melangkah anak-anak menuju ke rumah kaca yang terletak berdekatan dengan  taman bunga mawar. Sesampai di hadapan rumah kaca, langkah Ayumi mati. Anak mata Ayumi memandang dari atas ke bawah. Sungguh besar rumah kaca ini. Siapa sangka rumah kaca ini hampir besar sebuah rumah banglo.

Sambil membaca bismillah, perlahan-lahan Ayumi menolak daun pintu rumah kaca tersebut. Angin dari dalam rumah kaca  bertiup kuat ke arah Ayumi. Ayumi terbatuk kecil. Anak mata Ayumi terbuntang luas saat melihat seluruh ruang rumah kaca itu dipenuhi dengan bunga-bunga mawar pelbagai warna. Ayumi berjalan lambat ditengah-tengah ruang yang memisahkan bunga mawar yang sudah mekar dengan bunga mawar yang masih belum berputik. Sungguh Ayumi terpaku melihat keindahan yang terdapat disebalik rumah kaca ini.

Tidak sia-sia papa membeli villa ini. Banyak sungguh keistimewaan yang dimiliki oleh villa lama ini. Ayumi menyentuh lembut kelopak bunga mawar yang berwarna ungu. Ayumi tertarik dengan warna ungu bunga mawar tersebut. Jarang dia melihat mawar berwarna ungu ini di mana-mana. Mawar biasanya di kenali dengan warna merah hati yang sering di kaitkan dengan wanita-wanita cantik dan menggoda. Ayumi tersenyum.

Tiba-tiba Ayumi terdengar derap tapak kaki bergema kuat di dalam rumah kaca. Ayumi mula resah. Jantungnya tiba-tiba berdegup pantas. Bulu roma di tengkuknya mula meremang. Ayumi dapat merasakan ada orang lain di situ selain dia. Hatinya kuat mengatakan ada bahaya menanti jika dia terus berada di situ.

Ayumi berlari laju menuju ke arah pintu utama. Tiba-tiba angin kuat yang datang dari arah mana menolak kuat daun pintu  sebelum Ayumi sempat keluar. Ayumi memulas tombol pintu namun hampa. Pintu itu telah terkunci dari luar.

Peluh mula menitik di dahi. Anak mata Ayumi meliar mencari tingkap atau pintu. Namun hampa. Pintu dan tingkap hanya terdapat di tingkat atas. Ayumi takut hendak naik ke atas. Takut jika terserempak dengan orang yang tidak dikenali itu. Akhirnya Ayumi mengambil keputusan menyorok di bawah meja tanaman bunga mawar itu. Telinga Ayumi menangkap jelas bunyi derapan tapak kasut yang berjalan-jalan di sekitar rumah kaca itu. Ayumi cuba menahan tangisnya. Dia menyesal datang ke situ seorang diri. Sepatutnya dia datang berteman. Ayumi menepuk dahinya.

Ayumi berbaring untuk menyorokkan dirinya dari dilihat. Dia dapat melihat jelas sepasang kaki sedang berjalan mundar-mundir di sekitar tempat dia sedang menyorok. Ayumi menahan perasaan takutnya seboleh mungkin. Ayumi dapat merasakan orang itu sedang mencarinya. Tiba-tiba langkah kaki itu terhenti. Betul-betul di hadapannya. Ayumi menelan liurnya. Ayumi dapat merasakan bahaya semakin hampir. Ayumi hanya berserah kepada Allah menentukan nasibnya sekarang.

Tiba-tiba laungan kuat memanggil namanya dari arah luar  mengejutkan Ayumi. Ayumi kenal suara itu. Itu suara Daniel. Ayumi tersenyum lega apabila mendengar Daniel memanggil-manggil namanya. Ayumi mengalihkan pandangannya memandang depan. Sepasang kaki itu sudah tiada. Barangkali bimbang dirinya di jumpai oleh Daniel. Walaupun kaki itu sudah tiada, Ayumi masih belum berani untuk bangun.

Bunyi pintu di buka dari arah luar menarik perhatian Ayumi.

"Cik Ayumi...kamu di mana?" Laung Daniel kuat. Anak matanya memandang seluruh ruang rumah kaca itu. Namun hanya kesunyian menyambut laungannya. Ketika Daniel ingin melangkah pergi, anak telinga Daniel menangkap satu suara lembut memanggil namanya. Daniel tidak jadi untuk pergi. Daniel mula membuka langkah seni pertahanan dirinya. Bimbang jika itu satu perangkap untuk memerangkap dirinya.

"Daniel...saya Ayumi..kat sini"! beritahu suara itu lagi.
"kamukah itu Cik Ayumi? Kamu di mana?" soal Daniel pantas. Anak mata Daniel meliar laju di serata ruang rumah itu.
" saya kat sini...kat bawah meja sebelah kiri ". balas Ayumi lagi.

Daniel segera mencari Ayumi. Daniel tersenyum lega apabila melihat Ayumi terbaring takut di bawah meja tanaman bunga mawar. Daniel memanggil gadis itu supaya keluar dari bawah meja itu. Ayumi akur. Apabila Daniel menyuruhnya supaya berdiri, Ayumi tidak mampu. Lututnya menggigil. Bibirnya pucat. Peluh membasahi wajah dan belakang baju Ayumi.

Daniel mencepung Ayumi setelah meminta kebenaran gadis itu. Daniel kasihan melihat wajah Ayumi yang pucat dan kelihatan ketakutan. Kelihatan gadis itu seperti berhadapan dengan sesuatu yang menakutkan.

Dalam keadaan lemah itu, Ayumi sempat memandang wajah Daniel yang serius memandang ke hadapan. Baru Ayumi sedar lelaki yang sedang mencepungnya ini seorang yang kacak juga. Wajah lelaki itu seperti lelaki melayu dari jauh namun bila dilihat secara dekat, wajah lelaki itu seakan-akan mixed blood. Wajahnya seakan-akan kacukan arab dan latin. Kulitnya coklat keperang-perangan.

Ayumi suka melihat kening lelaki itu yang lebat dan bulu matanya yang lentik. Nampak unik sangat. Tiba-tiba Daniel memandang wajahnya. Lelaki itu tersenyum manis ke arahnya. Ya Allah...manisnya senyuman itu. Terserlah giginya yang tersusun rapi dan lesung pipitnya. Jujur Ayumi mula sukakan lelaki itu.

"kita dah semakin hampir di rumah...cik Ayumi bertahan yerk". ujar Daniel lembut. Ayumi tidak mengangguk mahupun menjawab. Dia hendak berada di samping lelaki itu sahaja. Dia sudah mula menyukai lelaki itu dalam diam.

******************************************************************************
Malam itu Ayumi tidur bertemankan Ailisha. Ayumi demam panas setelah apa yang berlaku kepadanya. Jujur Ayumi masih terkejut dengan kejadian yang menakutkan itu. Walaupun tiada apa-apa yang berlaku ke atas dirinya, Ayumi tetap takut. Dia dapat rasakan orang itu sedang memerhatikannya.

Puan Raziah hanya diam di sisi Ayumi sambil mengelus lembut rambut Ayumi yang panjang dan lurus itu. Ailisha hanya memerhati Ayumi di sebelahnya. Rasa risau masih bersarang di dalam hatinya apabila melihat kakaknya yang terbaring lemah di atas katil. Dia teringin sangat hendak tahu apa yang sudah menimpa diri kakaknya.

Tuan Shaari hanya melemparkan pandangan di luar jendela sementara Daniel menanti di hujung penjuru dinding. Menanti arahan dari Tuan Shaari. Tuan Shaari tiba-tiba mengalihkan tubuhnya menghadap Daniel. Daniel sedikit tersentak namun dia berjaya mengawal rasa terkejutnya dari kelihatan.

"Daniel..bermula pada hari ini saya memberi tanggungjawab kepada kamu untuk memerhati keadaan anak saya Ayumi. Ayumi tu sedikit nakal dan degil budaknya. Masa kanak-kanaknya dahulu, saya terpaksa mengupah pengawal untuk memerhati pergerakan Ayumi ke mana sahaja dia pergi. Sikapnya itu terbawa-bawa sehingga dia maningkat remaja ni. Saya harap awak  menerima tanggungjawab ni dengan rela tanpa rasa terpaksa. Saya faham keadaan kamu sibuk menguruskan kebajikan rumah ini namun saya benar-benar mengharapkan jasa baik dari kamu, Daniel." ujar Tuan Shaari panjang lebar.

 Daniel ingin membantah namun melihat wajah Tuan Shaari yang muram itu membantutkan niatnya. Bukan dia tidak mahu menerima tanggungjawab tersebut namun dia bimbang. Bimbang jika rasa sayang yang mula berputik di hati untuk gadis itu akan bercambah. Semakin ingin dia menjauhi perasaan itu, semakin dekat gadis itu dengannya. Pasti ada kejadian-kejadian yang tidak terduga menemukan dia dan gadis itu.

" baiklah Tuan Shaari, saya sedia menggalas tanggungjawab itu". jawab Daniel beserta keluhan berat.
Tuan Shaari tersenyum lega. Alhamdulillah.

****************************************************************************

No comments:

Post a Comment