Sunday 13 May 2012

aku dan bintang......

Ayumi terjaga apabila mukanya terasa panas terkena sinaran matahari. Ayumi terpisat-pisat sebelum mencapai jam loceng berwarna pink yang terletak di tepi meja lampunya.

Jarum jam tersebut tepat menunjukkan angka 10.10 pagi. Ya Allah...Ayumi menepuk dahinya. Dia terlepas menunaikan solat subuh. Segera Ayumi bangkit bangun lalu berlari masuk ke dalam bilik mandi. Sepantas kilat dia menggantikan solat subuh yang tertinggal. Ayumi alpa dan tewas dalam lena yang panjang.

 Usai menggantikan solat subuh, Ayumi membuka almari pakaiannya dan mencapai seluar cotton berwarna kelabu lembut dan t-shirt berlengan pendek berwarna ungu lembut. Cardigan berwarna putih lembut disarung ke tubuhnya untuk menutupi lengannya yang terdedah.

Ayumi melangkah lambat keluar dari biliknya menuju ke meja makan. Perutnya terasa amat lapar sekali. Seharian semalam dia tidak menjamah apa-apa. Ayumi menuruni anak-anak tangga dengan penuh berhati-hati. Sampai di meja makan, Ayumi lihat tiada satu makanan yang tersedia. Ayumi melepaskan keluhan berat. Salahnya juga lambat bangun tadi.

"Cik Ayumi nak makan apa-apa?" soal satu suara dari arah belakang Ayumi. Ayumi terkejut beruk. Terbeliak anak matanya mendengar teguran secara tiba-tiba. Bagilah salam dulu. Kejadian semalam masih berbekas di hatinya. Pagi ini dia di kejut dengan teguran tiba-tiba itu. Kalau sepuluh kali dia di kejutkan begini, arwahlah gamaknya. 

 Ayumi menoleh ke belakang. Ayumi tersenyum saat matanya terpandang wajah Daniel yang manis tersenyum kepadanya. 

"Cik Ayumi mesti laparkan...semalaman cik Ayumi tak jamah apa-apa....silakan duduk...saya siapkan breakfast untuk cik Ayumi.." ujar Daniel lantas menarik sebuah kerusi sebagai isyarat supaya Ayumi duduk. Ayumi teragak-agak hendak duduk. Segan diperlakukan sebegitu. Inilah kali pertama seumur hidupnya dia di layan seperti tuan puteri.

"Apa kata saya sediakan Cik Ayumi pancake, sandwish, moist cake chocolate dan hot mocha untuk Cik Ayumi..boleh?" soal Daniel lembut. Ayumi yang masih terbuai-buai dengan layanan Daniel hanya mengangguk.   Apa yang terbaik pada Daniel, baiklah pada dia. 

15 minit menanti, akhirnya makanan yang dinantikan tiba jua. Ayumi sudah terbau-bau keenakan makanan yang di bawa oleh Daniel. Ayumi menjilat bibir saat anak matanya terpandang moist cake chocolate yang terletak indah di atas piring kecil berbentuk kerang. 

Daniel mengambil sehelai kain putih lalu diletakkan di atas peha Ayumi. Ayumi hanya melihat Daniel cekap melakukan tugasnya. Hot Mocha di tuang dengan penuh berhati-hati ke dalam cawan. Daniel juga cekap melakar corak bunga mawar di atas buih hot mocha. Ayumi terpegun. Lelaki ini sungguh berbakat.

" Cik Ayumi bolehlah menikmati sarapan pagi Cik Ayumi. Saya menanti di hujung dinding sana." ujar Daniel sebelum melangkah pergi. Ayumi menegah. Daniel memandang pelik.

"kamu dah sediakan sarapan saya...apa kata kamu duduk bersama saya dan sarapan dengan saya. Banyak sangat ni. Tak terhabis saya nak makan semua ni...." beritahu Ayumi. Daniel berfikir dahulu sebelum bersetuju dengan perlawaan gadis itu. Daniel memandang Ayumi dengan penuh minat. Gadis itu kelihatan comel sekali ketika makan. Daniel ketawa di dalam hati. Lagat gadis ini yang bersahaja menyenangkan dirinya.

 Sikap gadis itu tidak ubah seperti Sabrina, anak gadis Tuan Ibrahim Smith William yang seorang yang periang dan manja. Daniel mangenali Sabrina ketika dia berumur 15 tahun. Dia akui Sabrina memang seorang wanita yang cukup jelita. Sabrina memilik semua kriteria pilihan lelaki. Bijak, rupawan, peramah, pemurah, penyayang dan anak kepada hartawan terkenal dari England. Daniel berani kerat jari tiada lelaki yang akan  menolak Sabrina. Namun begitu, dalam banyak-banyak pilihan calon suami, hanya seorang jejaka ini sahaja mampu membuatkan Sabrina gila bayang. Lelaki ini mempunyai personaliti yang cukup memikat. Lelaki itu tidak kurang hebatnya juga. Lahir dari keturunan darah DiRaja. Malah lelaki itu juga seorang yang digeruni kerana kecekapannya mengendalikan syarikat milik keluarganya sehingga ke peringkat di antarabangsa.

Ayumi melambai-lambai di hadapan wajah Daniel. Jauh sungguh lelaki itu mengelamun. Ayumi segan apabila anak mata lelaki itu tidak sudah-sudah memandang wajahnya sehingga selera yang buas tadi hilang terus. Bukan apa..dia segan di perhati sebegitu rupa walaupun dia suka lelaki itu memandangnya.

Daniel tersentak dan membetulkan posisi duduknya semula. Ya Allah jauhnya dia mengelamun. Pasti gadis itu tidak selesa dengan perbuatannya yang kurang sopan itu.

"Saya dah kenyang...jom teman saya jalan-jalan disekitar kawasan ni..saya bosan lah.."ajak Ayumi lantas bangun. Ayumi berjalan pantas menuju ke pintu utama. Daniel mengejar Ayumi dari belakang yang sudah jauh ke depan. Ayumi tidak mahu terus memerap di dalam rumah. Kejadian semalam masih kuat terbayang-bayang di ingatannya. Dia mahu melupakan kejadian yang menakutkan itu.

********************************************************************

Mereka berdua berjalan beriringan melewati pokok-pokok yang tumbuh segar di situ. Hari itu musim luruh. Maka banyaklah daun-daun pokok yang berguguran. Ayumi seronok menyaksikan keindahan ciptaan Ilahi itu. Daun-daun pokok yang kekuningan itu kelihatan sungguh cantik sekali. Daniel tersenyum melihat telatah Ayumi yang riang itu. Gadis itu mudah ketawa dan gembira walaupun benda yang di lihat  atau di pegang hanyalah sehelai daun. Sungguh Daniel semakin tertarik dan sayang terhadap gadis itu.

"Cik Ayumi...boleh saya tanya sesuatu?" soal Daniel memulakan perbualan. Ayumi yang sedang tersenyum hanya mengangguk sahaja.

" tentang kejadian semalam tu...sebenarnya apa yang telah terjadi..saya benar-benar ingin tahu..?"soal Daniel serius. Ayumi termati senyuman apabila ditanya mengenai kejadian semalam. Ayumi menundukkan wajahnya.

Daniel yang menyedari perubahan Ayumi, mematikan langkah. Daniel memegang tangan gadis itu supaya berhenti dari melangkah. 

"Saya tak tahu Daniel...kejadian tu cepat sangat berlaku. Saya berada dalam rumah kaca seorang diri semalam. Saya terdengar bunyi tapak kasut dalam rumah kaca. Saya pasti bukan saya seorang berada di situ ketika itu.." beritahu Ayumi perlahan.

"mungkin tukang kebun kot.."tingkah Daniel. Cuba menyedapkan hati Ayumi.

"saya rasa tidak...kalau benar tu tukang kebun..kenapa dia tak muncul di hadapan saya. Kenapa bunyi tapak kasut itu berada di mana-mana... seolah-olah orang tu mempunyai banyak kaki...hati saya juga rasa macam tak enak je. Macam ada orang sedang memerhatikan saya ketika itu. Seolah-olah mempunyai niat yang tidak baik.." ujar Ayumi panjang lebar. Daniel hanya diam mendengar. Dia tidak mehu menyampuk. Dia akan mengarahkan beberapa orang pekerja supaya memeriksa di sekitar kawasan dan dalam rumah kaca. Mungkin ada penceroboh yang bersembunyi di dalam rumah kaca. Kebetulan Ayumi berada di situ seorang diri. Pasti penceroboh itu sedar dan ingin melakukan sesuatu kepada Ayumi.

"nasib baik awak cepat sampai masa tu...kalau tak saya tak tahu apa nasib saya masa tu.."ujar Ayumi mula menangis. Dia takut bila mengingati perkara itu. Daniel berasa simpati melihat keadaan Ayumi. Sungguh keadaan gadis itu semalam sungguh kasihan. Lemah dan takut.  Daniel memgang bahu Ayumi supaya gadis itu tenang. Perlahan-lahan Daniel menarik Ayumi ke dalam pelukannya. Gadis itu hanya membiarkan sahaja.

Dari kejauhan, sepasang mata tajam memerhati kedua-dua insan itu penuh dengan muslihat. Kedengaran nafas yang di hembus kasar. Mata berwarna Hazel itu memandang tajam ke arah Ayumi. Rancangannya semalam gagal disebabkan lelaki itu. Dia perlu berbuat sesuatu untuk mendekati gadis itu. Hanya gadis itu sahaja mampu melaksanakan misinya. Dia akan mencuba di lain hari. Perlahan-lahan dia menyusup laju ke dalam hutan dan hilang. 





No comments:

Post a Comment