Saturday 23 June 2012

aku dan bintang......

Ayumi berbaring-baring malas di atas katil. Hari ini tiada aktiviti yang boleh dia buat. Hanya duduk termenung di dalam bilik. Puan Raziah sibuk menguruskan rumah dan aktiviti masa lapangnya. Ailisha sudah lama berpelas ke sekolah manakala Tuan Shaari seperti biasa akan keluar ke daerah untuk bermesyuarat bersama pelabur luar.

Tiba-tiba ketukan di daun pintu melenyapkan khayalan Ayumi. Ayumi segera bangun untuk membuka pintu. Ayumi tersenyum saat melihat wajah Daniel yang manis tersenyum ke arahnya.

"Ada apa Daniel cari saya sampai ke bilik nie?" soal Ayumi lantas keluar dari biliknya.
"Sebenarnya saya nak ajak Cik Ayumi menunggang kuda. Cuaca pun cerah dan baik hari ni. Cik Ayumi sudi tak?" soal Daniel lembut bersama harapan yang besar. Entah kenapa dia mahu sangat menghabiskan masa lapang yang ada bersama gadis manis itu. Sebaik sahaja mendengar perlawaan Daniel yang menarik itu, Ayumi segera mengangguk tanda bersetuju. Menunggang kuda adalah aktiviti yang cukup asing baginya. Sesuatu yang baru dan menarik baginya.

Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke bangsal kuda. Ayumi dan Daniel galak bercerita. Sesekali mereka ketawa. Bibit-bibit keserasian sudah mula berputik di hati kedua-dua anak  muda itu.

"Cik Ayumi pernah menunggang kuda"? soal Daniel sambil memandang wajah Ayumi. Ayumi menggeleng pantas.
" kalau begitu..hari ni saya ajar Cik Ayumi macam mana nak menunggang kuda.." ujar Daniel lalu melangkah masuk ke dalam. Ayumi mengekori dari belakang.

Daniel berjalan mendekati Glasier. Kuda itu diam ketika Daniel mengusap2 pipinya. Ayumi berasa sungguh takjub sekali. Kuda itu seolah-olah menyukai Daniel sedangkan ketika dia ingin menyentuh kuda itu, kuda itu segera melarikan kepalanya dan membelakanginya. Nampak sangat kuda itu menyampah melihat wajahnya.
Ayumi hanya melihat Daniel menarik kuda itu keluar dari kandangnya.

Ketika Glasier dan Daniel berjalan melepasi Ayumi, Ayumi dapat mendengar dengan jelas Glasier mendengus kepadanya. Ayumi sungguh terkejut. Benci betul Glasier padanya.

Daniel menarik Glasier keluar dari kandang. Glasier mengangguk-angguk seolah-olah glasier memahami apa yang diperkatakan oleh Daniel. Ayumi berasa sungguh kagum. Daniel lelaki yang mahir dari semua aspek. Daniel memahami perasaan haiwan yang kehilangan kasih sayang dari tuannya.

Ayumi melangkah mendekati Daniel apabila lelaki itu memanggilnya. Ayumi rasa sungguh gementar saat berhadapan dengan Glasier. Daniel mengusap-ngusap kepala Glasier.

"Glasier...di hadapan saya ni ialah Ayumi...comelkan dia..dia ialah tuan baru sekarang..." ujar Daniel spontan. Ayumi membuntangkan mata.Segan dipuji comel oleh lelaki yang mula bertahta di hatinya. Namun begitu, reaksi yang diterima oleh Glasier jauh beza sekali. Glasier memberontak tidak mahu menerima Ayumi sebagai tuannya. Daniel memegang kuat tali yang terikat di kepala Glasier dan segera menyuruh Ayumi beranjak jauh dari mereka. Ayumi segera mengikut arahan Daniel. Dia sungguh terkejut melihat Glasier menjadi begitu angresif sekali. Daniel segera menepuk leher Glasier berulang kali. Lama-kelamaan Glasier kembali tenang. Tanpa membuang masa Daniel membawa glasier masuk ke dalam kandangnya semula.

Beberapa minit kemudian barulah Daniel keluar dari bangsal. Ayumi ketika itu sudah terduduk di atas sebuah bangku kayu yang terletak di bawah pohon yang rendang. Daniel dapat menangkap wajah Ayumi yang keruh itu. Pasti gadis itu berkecil hati dengan tindakan Glasier.

Daniel melabuhkan punggung di sebelah Ayumi. Gadis itu memandanh wajah tampan Daniel. Begitu juga dengan Daniel.Tidak semena-mena mereka berdua tertawa. Lucu dengan perbuatan masing-masing yang tidak sudah-sudah bermain mata.

"Maafkan Glasier..dia bukan macam tu sebelum nie. Mungkin dia terkejut tengok Cik Ayumi comel sangat." seloroh Daniel. Dia suke melihat senyuman di wajah gadis itu. Comel sangat.

"hahhaha...mana ada saya comel. mungkin Glasier terkejut tengok muka saya ni tak comel.. awak je yang nampak saya comel tapi tidak bagi Glasier." Jawab Ayumi sambil membuat mimik muka sedih. Daniel tertawa kecil. Comel bila gadis itu membuat mimik muka sebegitu.

"Tak apalah....it's need a time to suit with you..." ujar Daniel beserta senyuman manis. Ayumi terpana dalam renungan Daniel yang lembut itu.

Mentari petang itu menjadi saksi mereka berdua berkongsi perasaan yang sama. Baik bagi pihak Daniel mahupan Ayumi mereka sedar bahawa mereka sudah mula menyayangi antara satu sama lain.

.
*********************************************************************

No comments:

Post a Comment