Thursday 9 August 2012

aku dan bintang......

Selepas kejadian itu berlaku, Ayumi mula berhati-hati. Dia tidak mahu dikejutkan dengan kejadian yang mencemaskan itu lagi. Sebolehnya dia cuba mengelak dari pergi ke mana-mana tanpa di temani sesiapa. Selalunya Daniel lah yang akan sering menemaninya walau ke mana sahaja dia hendak pergi. Baik pergi ke bandar mahupun di sekitar kawasan rumah.

Tengah hari itu, cuaca sungguh redup. Ayumi mengambil kesempatan mengajak Daniel beristirehat di belakang rumah berdekatan bangsal kuda. Daniel telah menyediakan sebiji kek Black Forest dan sejag air Manggo Lassi sebagai juadah tengah hari mereka.

Mereka berdua enak menikmati juadah mereka sambil bertukar-tukar cerita. Sesekali gelak tawa mereka menghiasi perbualan mereka.

" Daniel....boleh tak saya nak tanya sesuatu...?" soal Ayumi sambil mulutnya penuh menguyah kek. Daniel mengangguk membenarkan.

" Tentang villa nie...mesti ada kisah disebalik villa indah ni kan ?" ujar Ayumi sambil memandang wajah Daniel.
Daniel mengangkat kepalanya. Berkerut wajahnya.

" maksud cik Ayumi ?" soal Daniel berpura-pura tidak faham soalan Ayumi.

" Villa ni mesti ada kisah di sebaliknya... iyelah...tentang pemilik asal rumah nie.. saya curious sangat nak tahu tentang villa nie... villa ni nampak menyedihkan... " jawab Ayumi dengan harapan Daniel memahami isi hatinya.

Daniel mengeluh lemah. Sudah sampai masanya dia memberitahu Ayumi mengenai villa ini. Ayumi dan keluarganya berhak mengetahui sejarah villa ini yang penuh dengan tragis.

" iye... villa ini menyembunyikan seribu rahsia yang sampai sekarang masih tidak terungkap. Villa ini juga telah menyaksikan kematian anak perempuan Tuan Ibrahim William Smith yang penuh tragis. " beritahu Daniel sambil menghirup jus Manggo Lassi.

Terbuntang kedua-dua biji mata Ayumi saat mendengar perkataan "mati" dari bibir Daniel.

" Cik Sabrina seorang gadis yang cukup menawan. Wajahnya yang jelita telah banyak memukau mata jejaka-jejaka yang melihatnya. Tambahan pula latarbelakang Cik Sabrina yang hebat ditambah dengan kekayaan keluarganya....nama Cik Sabrina sentiasa meniti dibibir orang ramai. Ramai kerebat di raja ketika itu mahu mengambil Cik Sabrina sebagai calon menantu pilihan mereka.." Ujar Daniel sambil memandang wajah Ayumi.

" Cik Sabrina ni orang english ke ?" soal Ayumi semakin berminat hendak tahu.

" Cik Sabrina kacukan darah Inggeris Melayu... Bapanya Golongan bangsawan asal dari Britain yang menetap di sini dan kemudiannya berkahwin dengan Ibu Cik Sabrina yang merupakan wanita melayu. "

Ayumi mengangguk faham.

" Ceritalah tentang Cik Sabrina tu ." gesa Ayumi.

"Namun dalam ramai-ramai jejaka tu... Cik Sabrina tertarik dengan seorang jejaka yang tidak kurang hebatnya. Lelaki tu ialah Tengku Rayyan yang merupakan golongan kerabat diraja juga. Tengku Rayyan sahajalah yang berjaya memecahkan tembok keegoan Cik Sabrina. Tengku Rayyan berjaya membuatkan Cik Sabrina jatuh cinta." Ujar Daniel sambil tersenyum. Ayumi juga turut tersenyum. Ayumi dapat membayangkan situasi antara Cik Sabrina dan Tengku Rayyan ketika itu. Pasti kedua-duanya kekok...

" tapi dalam kemanisan percintaan pasti ada kepahitannya.... Dua hari sebelum mereka berdua ijabkabulkan...Cik Sabrina ditemui mati tergantung di rumah kaca....betul-betul di tengah ruang rumah kaca dalam keadaan berpakaian pengantin. Tengku Rayyan ntah hilang kemana.. Puas pihak keluarga Tengku Rayyan mencarinya namun sehingga sekarang masih tidak ditemui. Ada yang mengandaikan bahawa kemungkinan Tengku Rayyan yang telah membunuh Cik Sabrina namun jika difikir logik...Tengku Rayyan benar-benar sayangkan Cik Sabrina. Tidak mungkin jejaka itu tergamak membunuh gadis itu disaat majlis pernikahan mereka semakin hampir. Namun semua ini takdir Allah..siapalah kita hendak menidak takdir yang telah tertulis."

"sehingga sekarang Tengku Rayyan masih belum ditemui ?" soal Ayumi terkejut. Daniel mengangguk lemah.

" Iye Cik Ayumi....hanya Tengku Rayyan dan Cik Sabrina sahaja yang tahu apa yang terjadi pada malam kejadian sebelum Cik Ayumi ditemui pada keesokkan paginya. Ada saksi yang nampak Tengku Rayyan ada datang ke villa ini pada waktu petang sebelum kejadian kematian Cik Sabrina."

Daniel melepaskan keluhan berat.

" Saya berharap sangat Tengku Rayyan tidak terlibat dalam kematian Cik Sabrina. Dia seorang lelaki yang cukup baik. Semasa hayatnya dia banyak membantu keluarga saya. Dia memberi bantuan kewangan mahupun tempat tinggal. Saya pun pelik kenapa dia sanggup membantu keluarga saya yang langsung tiada tali pertalian dengannya."

Ayumi memandang tepat wajah Daniel. Ada persoalan yang berlegar di ruang fikirannya. Namun Ayumi perlu menyiasat lebih lanjut lagi. Tiba-tiba dia rasa tertarik hendak menyiasat perkara ini. Dia mahu membuktikan sesuatu kepada Daniel. Entahlah. Kenapa dia berperasaan begitu????? Ayumi tidak tahu.

****************************************************************************

No comments:

Post a Comment