Thursday 30 August 2012

Selendang Hijau.......bab 9

Pelepah pokok kelapa melambai-lambai menyambut kepulangan aku dan abah. Sesampai di pengkalan, aku melompat turun mengikat tali di tiang yang terpacak kukuh di persisiran pantai. Aku tidak mengikut abah pulang sebaliknya aku terus ke pantai. Aku duduk di atas sebatang kayu mati sambil merenung hala tuju kehidupan aku.


Menghitung hari detik demi detik
masa ku nanti apakan ada
jalan cerita kisah yang panjang
menghitung hari

padamkan saja kobar asmaramu
jika putik itu takkan ada
yang aku minta tulus hatimu
bukan puitis

pergi saja cintamu pergi
bilang saja pada semua
biar semua tahu adanya
diriku kini sendiri

bagai terdengar-dengar nyanyian Kamalia. Gadis itu cukup meminati lagu tersebut.
Oh Kamalia...cintamu tetap bersemi di hati ini.

Cita-cita seluas lautan, 
Berharap agar menjadi harapan, 
Untuk menggapai impian, 
Mengubah hakikat kehidupan.

Cinta bukan paksaan,
Cinta adalah kudus dan tulus, 
Mengerti wahai kekasih,
Janji setia ini tak mungkin diingkari.

Dapatku menghitung hari, 
Namamu tetap terpahat di hati,
Tiada istilah simpatii, 
Dihati ini.

Aku tidak akan mengalah,
Biarpun dipandang serong,
Semangatku ibarat matahari,
yang sentiasa menyala di hati.


Aku menarik nafas lalu menghela lemah. Aku harus pulang segera kerana restoran akan dibuka sebentar saja lagi. Syukur Alhamdulillah...aku berjaya membuka restoran hasil bantuan kedua orang tuaku. Jasa mereka tidak mungkin aku lupa sampai ke hujung nyawaku. Kini aku sudah mempunyai kerjaya. Namun aku tak pernah melupakan kerjaku sebagai nelayan. Aku tetap turun ke laut bersama abah. Dapat juga aku bawa hasil tangkapan ke restoran makanan laut ku. Sebelum aku membuka restoran, aku berniaga secara kecil-kecilan seperti membuka gerai. Bak kata pepatah lama, " Sedikit demi sedikit, Lama-lama menjadi bukit". Akhirnya aku berjaya membesar gerai ku menjadi restoran. Restoran ini diberi nama Fizlia sempena gabungan namaku dan kamalia. Walaupun tidak sehebat TajMahal tetapi dengan terbinanya restoran ini membuktikan cintaku kepada Kamalia. 

Semasa aku sedang mengemas kaunter restoran aku, aku ternampak kad undangan perkahwinan Kamalia. Kad itu aku terima dua minggu yang lepas. Aku meneliti tarikh majlis pernikahan Kamalia. Ijabkabul akan berlangsung pada hari esok selepas  Isyak. Hatiku tawar untuk pergi. Biarlah Kamalia berbahagia. 

Pelanggan yang datang begitu santai menikmati hidangan yang disediakan ditambah angin bayu datang dari laut menyegarkan minda. Malam itu bulan mengambang. Esok hari Kamalia akan menjadi milik orang lain secara sah. Aku di sini bagaikan pungguk merindukan bulan.

Alangkah bahagia andai di atas pelamin itu aku disanding bersama Kamalia. Namun semua itu hanyalah angan-angan yang tidak mungkin akan terjadi. Satu sentuhan lembut dibahu mematikan khayalanku. Wajah emak yang sedang tersenyum menyenangkan hatiku.

" Fiz tak apa-apa...dari tadi mak tengok Fiz asyik termenung je...teringatkan Kamalia ke?" Tanya emak lembut sambil melabuhkan punggung disebelahku. Aku hanya mengangguk.

" mak faham...siapa yang tak sedih bila tengok orang yang kita sayang akan berkongsi hidup dengan orang lain.... sabarlah...mak pasti ada hikmah disebaliknya." Pujuk emak memujuk hatiku. Aku harus pasrah dan redha terhadap ujian yang Allah berikan kepadaku.

****************************************************************************************************************************


No comments:

Post a Comment