Tuesday 4 September 2012

aku dan bintang......

Ayumi berdiri tegak di tepi jendela biliknya. Anak matanya tepat merenung ke arah rumah kaca yang berhadapan dengan biliknya. Sesungguhnya, Ayumi sudah takut hendak mendekati mahupun melihat ke arah rumah kaca itu namun bagai ada sesuatu yang menarik-narik perasaannya untuk mendekati rumah kaca itu. Ayumi masih tertanya-tanya siapakah yang berada di dalam rumah kaca itu selain dirinya pada masa kejadian itu.

Daniel dan Tuan Shaari sudah memeriksa dalam rumah kaca tersebut namun tiada tanda-tanda seperti orang menghuni rumah tersebut. Bekas tinggalan manusia pun tiada di dalam rumah kaca tersebut. Yang ada hanya peralatan-peralatan menanam dan baja-baja pokok bunga. 

Ketika Ayumi leka melayani perasaannya, bahu Ayumi dipegang dari arah belakang menyebabkan gadis muda itu terjerit kecil. Terperanjat. Ayumi segera menoleh ke belakang dan wajah Ailisha yang tersengih bagaikan kerang busuk mengundang rasa geram di hatinya. 

" Kau ni kan....buat terkejut akak je...cube beri salam dulu sebelum masuk bilik akak.." marah Ayumi sambil mengurut-urut dadanya. Ailisha tergelak besar.

" Kau tu yang berkhayal jauh sangat. Aku ketuk pintu bilik kau berkali-kali...kau je yang tak dengar..." jawab Ailisha masih tergelak-gelak. Ayumi hanya membuntangkan biji matanya sahaja. Dadanya masih berdebar-debar. 

" You should look at your face... macam kucing kena pijak ekornya..hahahhahha..." ujar Ailisha sambil menahan sisa tawanya.

" Dahlah...malas layan kau...akak nak keluar...nak pergi duduk kat ruang tamu...tengok TV lagi baik dari layan kau.." marah Ayumi laju meninggalkan Ailisha keseorangan di biliknya. 

" Rilexlah...aku gurau je kot...heyyyy....wait for me..." Ailisha berlari anak mengejar Ayumi yang laju sahaja menuruni anak-anak tangga.

*****************************************************************************************************************************************************


Ayumi berjalan menuju ke ruang tamu. Dia ingin menonton televisyen. Dia bosan sangat. Manalah tahu ada rancangan yang menarik boleh di tonton. Ayumi menghempaskan punggungnya di atas sofa berwarna Coklat bercorak harimau belang. Lembut sungguh. Ayumi mengambil alat kawalan jauh yang terletak di atas meja kopi lalu menekan butang ON. Rancangan Jane by Design yang bersiaran di Star World menjadi pilihannya.

"Amboi tengok TV x ajak aku...." ujar Ailisha lalu menghenyak punggungnya di sebelah Ayumi. Ayumi hanya mendengus kecil. Kacau mood sungguh. 

Tiba-tiba datang seorang pembantu rumah wanita yang lengkap beruniform menghampiri mereka sambil membawa dulang makanan.

" Maaf menganggu Cik Ayumi dan Cik Ailisha....saya membawa beberapa Dessert untuk Cik Ayumi dan Cik Ailisha.." ujar pembantu itu sambil menundukkan wajahnya.

" Tapi kami tak pesan apa-apa..." jawab Ayumi hairan.

" Sudah menjadi tanggungjawab kami menyediakan pencuci mulut jika Cik Ayumi dan Cik Ailisha sekeluarga sedang beristirehat..." balas pembantu rumah itu yang bernama Sopeah.

"Tapi...kami....." belum sempat Ayumi menyambung kata, Ailisha menepuk paha Ayumi.

" Biarlah....kalau kau tak makan...sudahlah...aku nak makan..." ujar Ailisha. Ayumi ternganga.

" Dessert apa yerk..?" tanya Ailisha laju kepada Sopeah.

" Saya sediakan Raspberry Cheesecake, Sundae Cupcake, Lemon Maringue dan Mint Chocolate Chip Shake..." beritahu Sopeah tertib. Bersinar-sinar anak mata Ailisha mendengar nama-nama pencuci mulut yang disediakan oleh Sopeah.

" Wahhh...sedapnya....awak boleh letak kat meja kopi kat depan kami ni..." suruh Ailisha pantas. Tak sabar-sabar dia hendak menjamah makanan-makanan itu. Laju sahaja Ailisha mengambil Raspberry Cheesecake sebaik sahaja Sopeah berlalu pergi meninggalkan mereka.

" kau ni..gelojoh betul... makanlah perlahan-lahan... " tegur Ayumi melihat Ailisha sudah comot mulutnya terkena krim kek itu.

" kau x nak ke? Ambillah Sundae Cupcake nie..sedap tau..." suruh Ailisha sambil mulutnya laju menguyah makanannya.

" tak naklah....akak nak makan Mint Chocolate Chip Shake je..." ujar Ayumi sambil mengambil minuman berkrim itu. 

" Aku rasa seronok sangat tinggal kat rumah baru ni....macam-macam makanan aku dapat makan. Semua sedap-sedap. Kalau dulu...kena keluar kalau nak makan semua ni... sekarang dah tak perlu...just cakap je nak apa...terus dapat....tak payah bayar pun.." beritahu Ailisha riang.

" tak payah bayar?? Hello...kau lupa ke? Semua bahan-bahan makanan ni kena beli kalau nak buat...dan dah tentu guna duit ayah. Semua bahan-bahan ni bukan murah...sama mahal macam kat kedai Bakery tau." bebel Ayumi lagi. Ailisha mencebik.

" Ala.....kat Bakery tu mahal sebab dorang masukkan sekali dengan kos upah mereka. Sebab tu mahal. Kalau kita buat sendiri, dah tentu murah..' jawab Ailisha tidak mahu kalah.

" Kos upah tu samalah mcm gaji pembantu rumah ni... Hadoiiii...lembab betul kau ni...buat akak geram je.." bidas Ayumi lagi. Ailisha terdiam. Betul juga kata-kata kakaknya itu. Namun dia tidak mahu mengalah.

" dahlah...makan jelah...nanti dorang tak beli barang-barang untuk masak sebab fikirkan upah mahal....tak makanlah jawabnya kita nanti. Kau jugak yang lapar nanti.." Ujar Ailisha. Ayumi hanya mendengus kecil. Adiknya memang kuat menjawab. Penat kalau bertikam lidah dengan adiknya. Tak membawa apa-apa faedah pun.

******************************************************************

No comments:

Post a Comment