Friday 14 September 2012

aku dan bintang......

Daniel semakin resah. Hidupnya benar-benar berserabut. Fikirannya tidak henti-henti memikirkan tentang Ayumi. Kemana gadis itu sudah pergi. Hampir 4 hari Ayumi hilang. Gadis itu hilang tanpa dapat di kesan. Daniel bangun dari duduknya. Dia mula berjalan ke hulur hilir dengan harapan dia dapat petunjuk atau idea ke mana perginya Ayumi. Hatinya benar-benar risaukan gadis itu. Perasaan sayangnya terhadap gadis itu semakin bercambah semenjak kehilangan gadis itu. Fikirannya, hatinya dan doanya sentiasa untuk gadis itu. Daniel memandang ke arah semua ahli keluarga Ayumi.

Suasana di ruang tamu itu sepi tanpa sebarang bicara. Tuan Shaari lebih suka membaca Al-Quran untuk menenangkan jiwanya gundah. Puan Radziah lebih suka mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa manakala Ailisha lebih banyak termenung dan menangis. Gadis muda itu tidak sudah-sudah menyalahkan dirinya atas kehilangan Ayumi. Daniel melepaskan keluhan berat. Dia tidak sepatutnya membiarkan Ayumi merayau-rayau tanpa pengawasannya. Sekiranya Ayumi dapat di temui, pasti dia tidak akan membiarkan gadis itu kemana-mana tanpa dirinya lagi. Biarlah dia tegas atau mengawal kehidupan gadis itu asalkan gadis itu tidak lesap dari pandangannya.

*************************************************************************************

Selepas makan malam, Tuan Shaari, Puan Radziah dan Ailisha mula berjalan masuk ke bilik masing-masing.

"Cik Ailisha....boleh saya bercakap sebentar dengan Cik Ailisha?" soal Daniel menahan Ailisha dari terus berjalan meninggalkan meja makan. Ailisha mengagguk membenarkan.

Mereka berdua mengambil tempat tempat di ruang tamu.

" Ada apa awak nak berjumpa dengan saya?" soal Ailisha lemah. Daniel hanya memandang sayu wajah gadis itu. Gadis itu benar-benar terseksa di atas kehilangan Ayumi.

" Berkenaan dengan Ayumi. Semasa Ayumi dengan Cik Ailisha..ada tak benda-benda pelik terjadi sebelum tu?" tanya Daniel serius. Ailisha memandang wajah Daniel dan kemudian menggeleng.

" Cik Ailisha pasti tiada perkara pelik terjadi sebelum tu?" Soal Daniel lagi. Inginkan kepastian. Ailisha berfikir. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.

" Ada tapi saya tak pasti sangat.." ujar Ailisha ragu-ragu.

" Tidak apalah...Cik Ailisha beritahu je...kemungkinan ada petunjuk di situ.." pujuk Daniel lembut. Ailisha mengangguk.

" Masa saya tengah tidur kat ruang tamu...saya terdengar bunyi sesuatu seolah-olah ada benda yang di alih. Bunyi dia kuat sangat sehingga membuatkan saya terjaga dari tidur."

" Bunyi macam mana tu? Cik Ailisha nampak benda yang di alih tu?" soal Daniel pantas.

"Saya tak pasti. Saya tak nampak. Bunyi tu pantas sangat. Mungkin saya agak mamai masa tu sebab itu saya tak nampak apa-apa."

"Cik Ailisha masih ingat tak bunyi tu datang dari arah  mana?" Tanya Daniel lagi.

"Tak silap saya, bunyi tu datang dari arah rak buku di hujung dinding tu. Masa saya tersedar dari tidur, Ayumi dah tiada di sebelah saya. Saya ingat dia bersama dengan awak. Jadi saya pun masuk bilik dan sambung tidur semula." ujar Ailisha lagi. Perasaan bersalah mula terbit semula di hatinya.

" Terima kasih Cik Ailisha... Cik Ailisha jangan susah hati. Kita akan cari Ayumi sehingga jumpa. Banyak-banyak berdoa untuk keselamatan Ayumi." pujuk Daniel apabila Ailisha mula mengalirkan air mata. Gadis itu mengangguk.

Daniel menghantar Ailisha melalui pandangan matanya sahaja. Daniel duduk di atas kerusinya semula selepas terdengar pintu bilik di buka kemudian di tutup.

Anak mata Daniel memandang tepat ke arah rak buku setinggi siling itu tajam-tajam. Lambat-lambat dia bangun dari duduknya lalu berjalan menuju ke arah rak buku itu. Anak mata Daniel meneliti tajam ke arah rak buku itu.

" There's must be something secret behind this bookcase? I need to figure it out." Bisik hati kecil Daniel. Mata Daniel tajam memandang rak buku itu. Rak buku itu seolah-olah sudah menjadi musuhnya.


**********************************************************************************

Pandangan Ayumi yang berbalam-balam mula jelas. Ayumi bangkit dari pembaringannya. Ayumi memegang kepalanya yang terasa sakit. Lehernya juga begitu. Ayumi berdeham-deham beberapa kali untuk mengurangkan rasa sakit di lehernya. Ayumi memandang sekelilingnya. Suasana di situ sudah berubah. Dia bukan berada di rumah kaca lagi. Sekarang dia buntu. Dimanakah dia. Ayumi bangun dan mula melangkah perlahan-lahan. Ayumi melangkah tanpa arah tujuan. Dia yakin dia pasti berada di villanya lagi cuma dia tidak tahu dia berada di mana sekarang.

" Kamu tidak perlu bimbang. Kamu masih berada di dalam kawasan rumah kamu..."ujar satu suara yang tidak kenali. Ayumi terkejut dan pantas mencari arah mana datangnya suara itu. Tiba-tiba muncul satu susuk tubuh dari balik pokok yang berada tidak jauh dari Ayumi berdiri. Ayumi memandang penuh berhati-hati. Kakinya sudah bersedia untuk berlari jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

" Kamu tidak perlu takut. Saya tidak akan mengapa-apakan kamu."ujar lelaki misteri itu lembut. Ayumi memandang tajam wajah lelaki itu. Wajah lelaki itu sungguh pucat. Seakan-akan tiada darah. Sakitkah lelaki itu?

" Kamu pasti Ayumi..." ujar lelaki misteri itu. Terkejut Ayumi apabila lelaki itu mengetahui namanya.

"Kau ni siapa? Macam mana kau tahu nama aku?" soal Ayumi garang. Pasti lelaki ini mempunyai niat yang tidak baik terhadap dirinya.

" Saya sudah lama memerhatikan kamu. Sejak kamu berpindah masuk ke Villa De Amour ini." beritahu lelaki pucat itu lagi. Ayumi hanya diam sahaja. Namun anak matanya tajam memerhati segala gerak geri lelaki itu.

" Saya yakin kita sudah berjumpa sebelum ini. Mungkin kamu sudah lupa barangkali."

" Kau ni siapa? Aku tak kenal kau. Macam mana kau boleh kata kita pernah berjumpa sebelum nie?" Tanya Ayumi lagi.

" Nama saya Badrul. Kita memang pernah berjumpa sebelum ini. Tetapi berjumpa secara tidak sengaja." Beritahu lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Badrul.

" Dari loghat dan cara kau bercakap, mesti kau bukan orang sini?" tanya Ayumi ingin tahu. Lelaki itu tersenyum sebelum menjawab soalan Ayumi.

" Saya orang dan asal sini. Cuma tahun saya dilahirkan jauh lebih lama dari awak. Malah saya telah tinggal seketika di Villa De Amour ini?" Jawan lelaki itu.

Ayumi memandang tepat wajah lelaki itu. Lelaki itu pernah menetap di Villa ini. Apakah lelaki ini ada kaitan dengan penghuni rumah Villa De Amour sebelum ini?? Pelbagai persoalan bermain di minda Ayumi. Wajah lelaki itu di tatap lama. Wajah itu seakan-akan pernah dia lihat tetapi di mana? Apakah benar dia pernah bertemu dengan lelaki itu sebelum ini??

**********************************************************************************



1 comment:

  1. Nice story... but i'm want to know what will happen after that... Hope writer update this story ASAP..:D

    ReplyDelete